Monday 3 September 2012

Bab 5 ( cinta ais krim vanilla )


Bab 5

Yesss! Habis sudah peperiksaan pentingku. Yahoo! Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar aku dah berjaya mengharungi peperiksaan yang aku rasakan amat menggerunkan aku sebelum ni. Err…berjaya atau tidak tu aku belum tahu lagi sebab ‘result’ belum keluar. Hehe…

Ahhh…sekarang barulah aku boleh melepak dengan senang, kan? Tapi…aku rasa bosanlah pulak. Dulu sebelum habis SPM rasa macam tak sabar nak habiskan SPM tapi sekarang rasa rindu pulak. Yelah…dulu sebelum SPM bukan main banyak lagi aktiviti. Kononnya nak kasi pandai, tak kasi lupa apa yang dah kita belajar. Kelas ni kelas tu. Hari-hari ade kelas tambahan. Nasib baik takde kelas tolak atau bahagi. Semuanya tambahan. Ehe…mencarut pulak aku.

Sekarang, bila SPM dah habis semua kelas tu pun dah habis. The end. Tamat. Timbul pulak rasa bosan bila setiap hari bangun pagi gosok gigi, mandi, sarapan. Takat tu je. Lepas tu aktiviti selain itu pandai-pandai sendirilah nak uruskan. Tak macam dulu. Dulu lain, isnin sampai jumaat memang full giler aktiviti. Nasib baik malam je takder aktiviti. Kalaulah malam pun ade aktiviti, tak tidurlah aku.

Sementara aku menunggu keputusan SPM ni, aku telah membuat keputusan untuk bekerja. Yelah…ada jugak faedahnya. Kalau hari-hari dok mencanguk untung apa? Hari-hari kerja aku habiskan nasi. Part tu je yang untungnya. Haha…

Aku sekarang jadi ‘syampoo girl’ kat salon ALLAN. Semuanya okey je malah kamceng gitu termasuklah dengan bos aku sendiri. Dia sporting je. Dia pun tak kedekut dengan ilmu. Walaupun aku ni sekadar ‘syampoo girl’ je tapi dia tetap gak ajar aku macam mana cara rebonding, kerinting, menggunting, buat facial dan banyak lagilah.

Untung aku kan? Lagipun memang fun kerja dengan dia ni. Tak rasa macam dia tu bos tapi rasa macam kawan. Cerita aku kat tempat kerja memang penuh ceria. Warna-warni dan riuh dengan gelak tawa dan telatah. Sehinggalah…jeng jeng jeng… pada suatu hari, di waktu cuaca indah menghiasi pemandangan. Di kala sang mentari menyebarkan cahayanya bagi menerangi bumi juga menghangatkan para penduduk bumi…

Tinggg…haaa…kalau ada  bunyi tu, maknanya ada customer. “Raihan,  macam biasa…” arahan daripada Allan aku terima dengan senang hati. Segaris senyuman penuh ayu telah aku ukirkan sebagai tanda menghargai dan menghormati kedatangan pelanggan. Namun ternyata senyuman aku itu secara tidak sengaja menjadi cacat apabila…

“Shazlan?” terkedu aku seminit setengah. Opss…aku belum ceritakan siapa tu Shazlan kan? Kalau gitu meh lah aku ceritakan. Ingat lagi tak aku pernah kata yang aku ade cinta monyet sebelum ni? Haa…inilah dia cinta monyetku. Sorry aku lupa nak cerita pasal dia ni dari mula lagi sebab aku tengah lupakan dia sekarang.

Dulu kami pernah couple selama 3 tahun. Bayangkan, 3 tahun tu bukannya sekejap. Tapi tiba-tiba pada suatu hari dia kata kat aku macam ni… “Raihan, Lan rasa kita tak sesuai. Kita break.”

Selamba sungguh bukan? Puas aku cuba untuk ingat kembali apa jenis kesalahan yang pernah aku buat. Marah-marah dia aku tak pernah. Kalau kitorang ade gaduh pun aku selalu mengalah. Maklumlah, aku ni jenis yang sukakan kedamaian, tak sukelah gaduh-gaduh ni. Merugikan waktu je. Dah lah hidup ni singkat.

Kalau bab setia pulak, memang aku setia. Dia tu je yang tak setia. Dah dua kali dia curang. Kali pertama dia curang aku siap dah ajak break dah. Yelah…buat apa nak bersama kalau hati dia ada pada gadis lain. Buat rugi aku je. Dia yang untung. Tapi dia merayu nak kan peluang kedua. Aku pun bagilah peluang kedua sebab aku percaya sesiapa pun boleh berubah. Tapi tetap gak hampeh.

Kalau dah player tu memang susahlah. Pencinta wanita lah katakan. Opss…bukan pencinta wanita je tapi pencinta wanita-wanita. Ehehe… kali kedua aku kena, aku memang dah tak nak toleh belakang dah. Buat apa mulut kata sayang tapi hati berdusta?

Wahh…pandai pulak aku bermain dengan kata-kata. Tapi, sekali lagi dia merayu nak kan peluang terakhir. Ish…sesedap dia je kan? Dah sakitkan aku dua kali tapi masih tak malu nak peluang terakhir.
So, atas budi bicara aku bagi je lah peluang terakhir. Walaupun sebenarnya waktu tu aku dah takde perasaan sangat. 2 minggu kemudian dia menuturkan kata putus. Aku memanglah tak sedih tapi sakit hati tu tetap ada. Dia pulak sampai sekarang tak reti nak ucapkan maaf.

Aku pulak tak tahu apa-apa langsung tentang dia selepas daripada kejadian tu. Aku malas nak tahu sebenarnya. Hidup dia biarlah dia sendiri yang ‘handle’. Hidup aku jangan kau nak masuk campur.
“Raihan…lama tak jumpa you. Makin cantik you sekarang.”

Eiii…aku lama dah cantik. Sejak dulu-dulu lagi. Bukan sekarang je tau. Kau tu je yang tak tahu nak menilai aku. Masa tu kau masih buta. Kita pun masih mentah. Waktu tu memanglah aku tak reti nak bersolek. Dulu tu aku memang out of fashion tapi sekarang…aku tiap-tiap hari update aku punya fesyen tau. Haa…komfem kau menyesal permainkan aku kan? Haha… perasaan gilerlah aku ni. Aku sendiri tak menyangka…ehe…

“Nak gunting rambut ke? Duduklah dulu.” Berlagak formal pulak aku. Entahlah…tengok je muka dia, aku seolah-olah tercampak ke alam nostalgia pulak.

“Raihan, Shazlan ni. Raihan tak kenal ke?” soalan jenis apakah itu? Aku memang kenal kau duhai Amirul Shazlan tapi aku sengaja buat-buat tak kenal.

Tiba-tiba Shazlan menggenggam tanganku dan aku pulak terkejut beruk dengan tindakan Shazlan. Terkaku aku dibuatnya. “Raihan…Lan tahu Raihan kenal Lan. Tak mungkin Raihan lupakan Lan.”

What? Tak mungkin? Apa yang tak mungkinnya Amirul Shazlan? Segera aku melepaskan genggaman tangannya yang semakin kejap. Tak mahu turut hanyut dalam kisah cinta lama. Sesungguhnya rasa itu telah lama hilang dan tenggelam. Namun pertemuan yang tak dijangka hari ini benar-benar membuatkan aku terganggu.

“Raihan, kenapa you tak suruh customer duduk? Dia nak gunting rambut ke?” soal bos ku Allan.

“Err…tak tahulah bos. Tadi dia tanya kita ada pesan pizza ke tak.” Hah…padan muka kau Shazlan. Suka-suka hati kau je nak pegang tangan aku. Haa…kan tak pasal-pasal dah jadi penghantar pizza.

“Eh…peliknya. I tak pesan apa-apa pun, Raihan.” Balas Allan penuh dengan tanda soal sebelum menapak ke arahku.

“Siapa yang nak hantar pizza? Dia ni ke? Amboi…tak macam orang hantar pizza pun. Berseluar jeans berbaju t-shirt.”

Rasa macam nak tergelak pun ada bila dengar Allan cakap macam tu. Alahai Allan, memanglah tak nampak macam orang hantar pizza, sebab dia memang bukan kerja tu pun. Aku sengaja je buat cerita. Tak sangka pula kau lurus bendul sangat nak percaya.

“Err…saya bukan orang hantar pizza. Saya datang sini nak jumpa Raihan.”

Opss…tak jadi aku nak tergelak. Nak menempelak adelah. Kenapa nak jumpa aku? Aku ada hutang ngan kau ke?

Allan menjeling aku sekilas. Barangkali geram kerana aku telah berbohong.

“Ish…Raihan ni! Tak baik you buat Allan macam ni. Hmm…pergilah. Sekarang ni pun tengah waktu rehat.”

Alamak! Allan bagi kebenaran pulak ke? Aduhh… macam mana ni?

“Jom Raihan. Kita pergi makan. Lan belanja.”

Haa…yang ni pun sekor. Dari tadi aku dok senyap je. Dia tak boring ke bercakap dengan aku ni. Alahai, kau nak belanja aku ke Lan? Tak naklah aku… kalau kau suruh aku bayar sendiri pun aku tak nak keluar dengan kau jugak. Pendek kata jawapannya tetap TAK NAK. Eh? Dah macam kempen Tak Nak Merokok pulak dah…

“Jom lah Raihan. Depan tu je.”
Aik? Masih tak putus asa rupanya? Kenapa agaknya dia nak jumpa aku ek? Hmm…ape-ape je lah. Mungkin dia nak buka buku baru. Maklumlah, tak semestinya lepas break kita tak leh jadi kawan kan? So, setuju je lah.

“ Raihan nak makan apa? Nasi goreng ayam ke? Air pulak? Limau ais?” Shazlan menyoal berserta dengan sebaris senyuman. Ternyata kau masih ingat apa yang aku suka Shazlan.

“Yup…” pendek je jawapan aku.

“You masih tak berubah kan Raihan?” aku tersenyuman cuma. Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa kekok semacam je.

“You masih suka Nasi Goreng Ayam dengan Limau ais. Dah 2 tahun kita tak pernah bersua muka, tak sangka pulak you masih tak berubah.”

“Raihan memang tak pernah berubah, Shazlan. Apa yang Raihan suka dulu masih lagi Raihan suka sampai sekarang.”

“Bagaimana dengan perasaan you?”

Ouch…soalan macam ni lah yang buat kan aku sesak nafas. Tak sukalah aku dengan soalan macam ni.
“Tak semua benda akan kekal.” Hmm…aku rasa itu je jawapan terbaik yang aku ada. Kalau aku jawab  jujur sangat takut pulak dia balik rumah nangis. Ehe…

Shazlan hanya tersenyum sebelum memesan makanan. Barangkali faham maksud yang tersirat. Tak mungkinlah dia tak faham. Dia bukannya budak mentah lagi.

Suasana sunyi yang merimaskan aku menjadi peneman kami sehinggalah kami selesai makan.
“Shazlan, masa rehat Raihan dah nak tamat dah ni. Raihan kena kerja ni. Thanks for the lunch.”

Sebenarnya masa rehat aku ada lagi bersisa sebanyak 25 minit cuma aku sengaja nak tamatkannya cepat-cepat supaya aku boleh pergi dari suasana sunyi sepi itu. Nak berbual pun aku tak tahu nak bualkan apa.

“Rileklah, Raihan.” Rilek? Ade ape lagi Shazlan?

“Ye? Kenapa?” hanya itu yang mampu aku ucapkan.

“Boleh Shazlan tanya sesuatu?”

“Nak tanya apa? Tanya je lah. Tak yah lah nak mintak kebenaran pulak.”

“Raihan…Raihan dah ada boyfriend?”

Aik? Semacam je soalan tu lalu dengan penuh spontan aku menjawab “Ada.”

Kalau aku kata aku single, kang tak pasal-pasal dia ingatkan aku ni stay single sebab nak tunggu dia. So, aku jawab je lah ada. Ehe…

“Boyfriend Raihan tahu ke kita keluar?”

“Boyfriend Raihan jenis yang tak kuat cemburu.” Ish…pandailah aku menipu.
“Siapa?”

Haa…soalan ni pun semacam je.

“Aryan Arqam.” tak tahu kenapa nama mamat tu jugak yang aku sebut. Mintak maaflah Aryan.
“Ye? Ape dia Raihan? Awak panggil saya ke?”

Opocot…macam aku kenal suara itu. Lantas aku memandang wajah Shazlan, ternyata bukan dia yang berbicara kerana suara itu datangnya dari arah belakang aku. Sepantas kilat aku menoleh dan…Ya Allah!

“Eh? Awak buat apa kat sini?” hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada si pemilik suara, Aryan Arqam yang dok tercegat kat belakang aku.

Alahai…kenapalah kau tiba-tiba muncul wahai Aryan Arqam? Tak kanlah sebab aku seru nama kau? Kenapa mesti sekarang duhai Aryan?

“So, inilah boyfriend Raihan? Sorry brother sebab ajak Raihan keluar lunch tanpa izin awak.” Ujar Shazlan dengan penuh serius. Kelihatan ada garis-garis keliru pada wajah Aryan.

Aku hanya memandangnya dengan penuh harapan dia akan faham situasiku. Aryan membalas pandanganku.
“Takpe tapi boleh saya bercakap dengan Raihan sekejap?” Shazlan mengangguk bagi menjawab soalan yang Aryan ajukan kepadanya. Aryan mencuit bahuku meminta aku mengikut arah langkahnya.

“Apa semua ni Raihan? Kenapa dia cakap saya ni boyfriend awak? Dia tu siapa?” bertalu-talu soalan yang diajukan. Aku pulak tersengih-sengih.

“Aik? Apa ni senyum-senyum pulak?” ujar Aryan lagi lalu memuncungkan mulutnya sebagai tanda protes. Eii…buruk rupa pulak dia ni merajuk. Haha…bagi meredakan muncung mulutnya tu, aku pun menceritakan siapa Shazlan dan keadaan sebenarnya secara ringkas. Cukuplah sekadar membuatkan dia faham.

“Dia nak merayu awak ke?” soalnya serius secara tiba-tiba.

Adoi… Soalan jenis apakah ini? Dah lah serius pulak tu.

“Kalau ye pun saya tak naklah! Dah serik!” dengan penuh semangat aku menuturkan kata. Eh? Kenapa aku pun jadi serius ni?

Perlahan-lahan Aryan mengukirkan senyumannya lagi. “Raihan, malam nanti kita message okey? Aryan nak bagitau sesuatu.”

Berkerut-kerut dahi aku mendengar apa yang dia ucapkan tapi kepala aku pulak mengangguk perlahan. Dua dalam satu. Haha…aku kehairanan tapi aku mengangguk.

“Pergilah ucap terima kasih kat budak tu lepas tu masuk kerja balik. Masa rehat awak tinggal 5 minit je lagi tu. Aryan nak pergi beli sesuatu yang boleh dimakan.”

Aku tersenyum lagi sebelum kami berpisah. Alahai Aryan. Kenapalah kadang-kadang kau nampak baik sangat?

“Err…sorry kalau lama menunggu. Err…Shazlan, I really have to go.” Ujarku pada Shazlan. Dia pulak sekadar menggangguk. Serius semacam je.

Ahh…lantaklah. Buat apa aku nak fikirkan sangat? Dia bukannya siapa-siapa aku pun. Buang masa aku je.

“Thanks for the lunch, Shazlan.”

Baru je aku nak mengorak langkah, dia pulak tiba-tiba bersuara lagi.

“Raihan, lain kali kita makan sama-sama lagi?”

Eh? Gitu pulak dah. Hmm…nak jawab apa ekk? Senyum je lah. Hahaha…