Friday 18 January 2013

Bab 6 (Cinta Ais Krim Vanilla)


Ternganga luas. Yup…itulah reaksi yang ditunjukkan oleh teman baikku, Damia. Sebijik dah macam tarzan menguap. Lain pula dengan reaksi Izz Danish. Tetap cool je walaupun pada awalnya dia sedikit tersentak dengan berita yang aku sampaikan mengenai Amirul Shazlan yang tiba-tiba datang menemuiku petang tadi. Agak-agaknya apa la yang sedang berlegar di kepala mamat tu ek?

“kau kenapa Damia? Mulut terngaga luas sampai macam tu sekali? Nak panggil tarzan ke nak panggil gajah?” perli Izz pedas. Sepedas cili merah yang warnanya menyala-nyala. Reaksi yang diberikan oleh Izz tidaklah begitu “hebat” seperti Damia. Dia hanya mendengar lalu mengangguk. Wajah serius dipamerkan bagi tatapan aku.

“Uish…kau ni Izz. Sibuk je…” kulit Damia yang putih mulus kelihatan kemerah-merahan apabila diperli oleh Izz. Hmm…lantaklah.

“Kenapa dia cari kau, Raihan? Dia nak kau balik ke?” Damia masih lagi menyoal. Lagaknya dah macam wartawan melodi.

“Entahlah…” pendek je jawapan ku. Kenapa? Hmm…entahlah. Aku pun tak tahu.

“Dia makin handsome ke, Raihan?” erk? Apa kena dengan Damia ni? Dia pulak yang beria-ria nak tahu. Nampak sangat sifat penyibuknya tu tak pernah nak surut. Makin pasang adalah.

“Entahlah, Mia. Aku tengok dia masih macam tu. Tak pernah nak handsome pun.” Dengan penuh selamba aku menutur kata. Seronok pula bila kata-kataku itu mengundang tawa Izz. Alahai… Izz, kau gelak pula? Eh? Mia pulak memuncungkan mulutnya? Huh…nampak ayulah sangat kau buat macam tu Damia. Hahaha…

“Aku tanya betul-betul kau main-main pulak.” Ujar Damia berserta rajuk.

“Mana ada aku main-main. Aku tengah makan ais krim. Makan dengan main tak sama tau.”

PAPP!!! Aduh…sweetnya Damia! Tak pasal-pasal kena pukul. Dia memang tak pernah berubah.
“Mia, janganlah pukul-pukul.” Tiba-tiba Izz menjadi benteng kukuhku. Aku mengekek.

“Kau ni mesti cemburu, betul tak Izz? Sebab kau takde makwe dan disebabkan itu jugaklah kau tak suke kalau kitorang berbincang tentang lelaki. Betul tak?” tak semena-mena Damia menunding jari. Namun Izz tetap santai. Menepis jari halus milik Damia umpama menepis lalat je gayanya.

“Aku ni bukan macam kau. Senang-senang je tukar pasangan. Kononnya lelaki tu curanglah, lelaki tu lupakan kau lah, lelaki tu ini, lelaki tu itu...” Merah padam muka Damia apabila Izz membicarakan tentang dirinya.

Sesungguhnya itulah hakikat hubungan cinta Damia. Sejak habis sekolah, Damia semakin kerap bertukar pasangan. Aku pun tak suka dengan perangai dia yang satu ni. Bukannya aku tak pernah tegur tapi dah banyak kali dah pun, cuma dia je yang tak nak dengar. Buruk-buruk mana pun dia tetap kawan aku. Aku tetap sayang dia. Dia tetap sayang aku. Kami tetap sayang menyayang. Eh? Apa yang aku merepek ni?

“That’s enough, Izz! Kalau aku berjumpa dengan kau, mesti aku balik yang kena. Aku pun tak tahu kenapa sampai la ni aku masih jugak berkawan dengan orang macam kau.”

Izz tergelak dengan penuh lantang. Nampak sangat dia puas hati dapat kenakan Damia. Aku pun tumpang sekaki. Enjoy the moment for a while. Hahaha…

Raungan telefon bimbitku mengganggu kosentrasiku untuk terus ketawa. Ish…potong line sungguh. Nampak sangat cemburu dengan kebahagianku kini.

“Hello, saya di sini, awak di sana.” Ujarku penuh gurauan. Sesungguhnya aku sudah biasa menjawap panggilan telefon dengan gaya tu.  Unik dan tersendiri. Betul tak?

“Ye…saya di sini dan awak pula di sana.” Jawab suara garau itu dan secara tidak sengaja aku tergelak. Aku kenal tuan empunnya suara tu. Ini bukanlah kali pertama kami bersembang. Siapa lagi kalau bukan Aryan Arqam? Lelaki pujaan Malaya.

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh rapat dengan dia kerana pada peringkat awal perkenalan hanya pergaduhan yang menghiasi perkenalan kami. Semuanya gara-gara aku yang selalu terlanggar dia. Kali pertama aku terlanggar dia tanpa sempat mengucapkan maaf pun. Kali kedua pulak aku langgar dia sambil tertenyehkan ais krim Vanilla kesayangan kat baju POLO dia. Maunya dia tak melenting. Tak pasal-pasal aku jadi tukang cuci.

Seminggu sebelum aku menghadap SPM, dialah yang bagi peransang supaya aku belajar jangan khayal. Eh? Bukan khayal yang muncul sebab ambik dadah tu tapi khayal dengan kegembiraan. Alah…senang citer maksud aku tadi tu leka. Jangan salah faham pulak ye?

“Ada apa ni?” balasku selepas reda tawa. Uiee…bukan senang tawa aku tu nak reda sebab aku ni memang hebat kalau bab-bab gelak ni.

“Err…Raihan, saya ada benda nak cakap ngan awak ni.” Kedengaran serius je nada suaranya. Macam ada masalah negara.

“Apa dia?” sebuah keluhan berat dilepaskan. Aryan Arqam kedengaran teragak-agak untuk menyusun ayat. Ish…ape kena dengan budak ni? Sebelum ni tak pernah pun macam ni. Buang tabiat ke ape?

“Raihan, would you be my girlfriend?” Zappp! Terasa ada panahan petir halilintar yang memanah tepat ke relung hatiku. Dunia seakan berhenti berputar malah seolah-olah pada waktu itu hanya ada aku saja di dunia ini.

Aryam Arqam nak aku jadi girlfriend dia? Biar betul? Aku mimpi ke ni? Tapi kalau tak salah ingat aku, tadi aku tengah dok melepak sambil makan ais krim dengan dua orang sekutu aku tu. Bila masa pulak aku tertidur?

“Raihan?” panggil suara di hujung talian apabila aku masih lagi membisu. Barangkali aku dah terlalu lama membiarkan dia tertunggu. Tapi, aku nak jawap apa?

“Aaa…umm…err…” alamak! Hanya itu yang mampu aku muntahkan dari bibir munggil ini. Eh? Munggil ke? Ahh…lantaklah!

“Raihan, saya tak dengar sangatlah apa yang awak cakapkan tu. Boleh ulang lagi sekali tak?” Eh? Ada ke patut nak suruh aku ulang bahasa asing tu. Aku sendiri pun tak faham. Tak kan aku nak ulang balik. Mustahil dia boleh faham bahasa tu sebab bahasa tu aku baru cipta. Tak ada orang yang sempat belajar lagi. Alien pun pasti akan bingung kalau aku bertutur menggunakan bahasa tu.

“Saya…saya…” Aduh, tergagap pulak dah! Di manakah kepetahan aku bersuara? Sebelum ni elok je. Kenapa pulak selepas Aryan “melamar” aku, mulut aku macam kena kunci? Lidah aku pulak tiba-tiba ada tulang menyebabkan aku payah untuk berkata-kata.

“Raihan, esok kau kerja setengah hari kan? Jom kita pergi jalan-jalan kat Time Square nak tak?” tiba-tiba Damia mengajukan soalan kepadaku. Nampak sangat dia tak penyabar. Tak boleh ke tunggu aku habis bercakap kat telefon ni dulu baru nak tanya?

Pandangan mata ditumpahkan ke arah aku sepenuhnya. Izz juga turut serta memandang aku tanpa berkelip.
“Okay, nak…” jawap aku perlahan. Damia tersenyum riang. Tiba-tiba ucapan terima kasih datang bertalu-talu di dalam talian. Alamak! Aku lupa pulak pada si pemanggil yang telah mengajukan soalan kepada aku sebentar tadi.

Soalan yang juga memerlukan jawap nak ke tak nak. Eh? Dah macam Kempen Tak Nak Merokok pulak dah. Jangan-jangan…Aryan salah faham tak? Jangan-jangan dia menganggap jawapan aku sebentar tadi tu ditujukan untuk dia padahal sebenarnya jawapan tu aku tujukan untuk Damia.

Wait for a second. Biar aku kaji dulu. Soalan Aryan berbunyi seperti ini, “Would you be my girlfriend?” Hmm…kalau aku gabungkan dengan jawapan aku tadi tu, “Okay, nak…”

Oh my god! Jawapan aku tadi tu serasi dan ngam gila dengan soalan dia tu! Sebenarnya aku masih belum punya jawapan bagi soalan yang dia ajukan kepada aku. Sesungguhnya jawapan aku tadi tu untuk Damia, bukannya untuk dia.
“I’ll take a good care of you, Raihan. Thanks.” Kedengaran ada nada riang di hujung suara Aryan menyebabkan aku tak sampai hati nak jelaskan kesalahfahaman yang berlaku. Lagipun, kalau aku jelaskan keadaan yang sebenar, mesti dia akan malu. Kalau dia malu, aku pun malu.

“Thank you so much, Raihan. Saya memang dah lama tunggu saat ni. Saya memang dah lama jatuh hati kat awak. Terima kasih sebab bagi saya peluang ni. Jaga diri ya, Raihan. Jumpa esok. Bye.”

Itulah ayat terakhir yang Aryan ucapkan. Tiba-tiba dada aku berdebar kencang. Sekencang-kencangnya! Jumpa esok? Maknanya esok aku akan jumpa dia ke? Ya Allah, takutnya!

“Raihan, siapa tu? Kenapa kau senyap je ni?” Suara Izz menyebabkan tumpuan aku beralih sepenuhnya ke arahnya. Kelihatan Damia juga menantikan jawapan yang sama.

“Aryan…” hanya nama itu yang mampu aku muntahkan pada masa ini. Entah kenapa aku dapat merasakan darah merah yang mengalir dalam pembuluh darahku mengalir lebih deras dari biasa menyebabkan ada peluh-peluh jernih yang membasahi ubun-ubun kepalaku.

“Uieee…bekas senior kita tu? Dia nak apa?” Haah! Tu dia Damia dah memulakan tugasannya sebagai wartawan melodi.

“Dia tanya aku…” Fuhh! Aku berhenti sejenak untuk mengambil nafas sebelum menghabiskan ayat yang tergantung.

“Dia tanya aku, would you be my girlfriend?” Damia terjerit kecil sebaik sahaja aku berjaya menghabiskan ayat tersebut. Nampak gayanya dia pula yang terlebih suka. Terkinja-kinja macam orix, beruk Saiful Apek dalam cerita Duyung.

Tiada sebarang komen yang keluar dari mulut Izz. Dia hanya memandang aku. Memandang dan terus memandang. Berbeza pula dengan Si Cantik Damia, terlampau becok mulutnya. Terlampau banyak perkataan yang disambungkan menjadi ayat lalu diluahkannya dalam masa yang sama hinggakan aku pun tak faham apa yang dia ucapkan.

Tak sangka, orang yang aku benci rupa-rupanya menyimpan rasa terhadap aku. Ahh…tiba-tiba aku jadi malu sendiri. Peristiwa di awal perkenalan antara aku dan Aryan tiba-tiba bermain di kotak fikiran menyebabkan aku terleka. Buat seketika, aku hanyut di dalam duniaku.