Thursday 30 August 2012

Bab 4 ( cinta ais krim vanilla )


Bab 4

Muhammad Aryan Arqam? Arghh…! Stress aku bila memikirkan tentang kau. Entah macam manalah pemikiran budak perempuan lain tentang kau ekk?

Aku rasa mesti mereka ingat kau adalah lelaki terbaik di dunia. Lelaki terkacak dan terhebat. Terhangat di pasaran gitu. Mesti diorang fikir kau adalah seorang pria yang penuh gaya. Maklumlah, maskulin gitu. Agak-agaknya lah kan, mesti diorang tengah meletakkan harapan yang menggunung dan membukit terhadap kau. Pergh…nasib baik aku tak tertangkap chentan.

Tak sabar aku nak pulangkan balik baju kepunyaan kau ni. Tak kuasa aku nak pegang lama-lama. Takde keuntungan yang aku dapat.

Hari ni adalah hari di mana baju ini akan bertukar tangan semula. Sungguh aku tak sabar nak pulangkan supaya aku takde kaitan dengan kau lagi. Kau memang handsome. Memang mampu menggetarkan dan mencairkan hati gadis-gadis namun bukan gadis yang diberi nama Nuraihan. Sesungguhnya hati gadis ini terlalu payah nak digetarkan mahupun dicairkan.

Eh? Mana pulak mamat ni? Semalam hantar message kat aku kata jumpa kat taman permainan depan rumah aku. Tapi apsal aku tak nampak dia pun? Aku salah baca message ke? Jap…aku check lu.

“Budak kecik!” haa…itu pun dia dah mai. Gelombang suara dia menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi yang hanya aku yang mengalaminya. Dasyat bukan?

“Apsal lambat orang tua?”

Eh? Sengih-sengih pulak. Suka ke dia aku panggil dia orang tua? Pelik.

“Amboi budak kecik…baru lambat beberapa minit jer pun dah nak melenting. Cool la beb.”

Cool? Aku memang lama dah cool. Kau tu je lagi tak cool. Perasaan hot adalah. Nak je aku kasi cold kau. Hahaha…

“Mengada-ngadalah awak ni. Mana awak curik nombor telefon saya?”

Huh…memang pantang aku kalau ada orang tahu nombor telefon aku daripada orang lain. Apatah lagi kalau orang tu lelaki. Tak gentlemen langsung kan? Tak boleh ke mintak dengan aku sendiri? Tak kan takut kot…aku ni manusia bukannya harimau. Aku makan nasi bukannya makan daging manusia.

“Alahh…senang je nak dapatkan nombor telefon awak tu. Fifi tu kan adik saya. Dia tu kan kawan awak. So? Get the point?” ujarnya sambil mengangkat kening.

“Pencurik nombor telefon!”

Aryan Arqam tergelak kecil. Entah apalah yang lucu sangat.

“saya pencurik nombor telefon? Haa… awak tu apa pulak? Pencurik baju saya! Tu…baju kat tangan tu bila nak pulangkan?”

Oh…lupa pulak aku! Aiseh…kan dah terkena.

“Nah…ambiklah balik. Dah bersih berkilat dah saya cuci. Saya nak simpan pun takde keuntungan yang boleh saya dapat. Buat semak je.”

“Comfirm ke nak pulangkan baju saya ni? Tak rindu ke nanti?”

“Eh, tolonglah! Nak rindu apa? Setakat baju bundle macam ni nak rindu buat apa?”

“What? Baju bundle awak cakap? Eh, tak reti baca ke? Jenama POLO ni tau!”

“POLO? Kalau setakat POLO tiruan tak yah nak gah sangat.”

“Amboi mulut…takde insuran ke?”

“Sebab ada insuranlah saya cakap macam ni. Kalau apa-apa jadi kat mulut saya ni nanti, bolehlah dapat duit.”

Hahaha…padan muka kau. Terkedu kau dibuatnya. Rasakan penanganku.

“Amboi…ringan semacam je mulut tu bercakap ye?”

“Laaa…memanglah ringan. Kalau berat mana boleh nak bercakap. Kenapa? Mulut awak berat ke?”
“Eh, awak memang tak boleh diam ke?”

“Kenapa nak diam? Saya memang dari kecik lagi memang dah macam ni. Lahir je terus bersuara. Lepas tu penat-penat saya belajar bercakap. Bila dah besar macam ni awak nak suruh saya diam lak. Buat rugi je.”

“Nasib baik tuhan bagi mulut satu je kan? Kalau tak mesti suara awak je yang memekak.”

Huh…tak Aryan. Aku hanya akan memekak dengan orang-orang macam kau je. Kalau boleh nak je aku memekak betul-betul sebelah telinga kau. Haha…biar kau dihantui oleh suara buluh perinduku. Biar tidur malammu terganggu lalu jiwamu kacau.

“Abang Ayie…” tiba-tiba kedengaran suara orang ketiga yang mencelah. Pandangan mata ku segera jatuh ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berjalan mendekati kami. Comelnya budak tu. Tapi macam ada sesuatu pada budak perempuan tu yang membuatkan aku tiba-tiba jatuh kasih terhadapnya. Eh? Kenapa muka dia nampak pucat? Walaupun seulas senyuman diukirkannya indah namun ternyata tidak mampu mengundang seri pada seraut wajah mulus itu.

Sebaik sahaja jarak antara kami semakin dekat, dia memandang tepat ke arah aku.
“Hai kakak…kakak kawan abang Ayie ke?”

Hahhh? Tercekik air liur aku dibuatnya. Kawan? Tak pernah aku berkawan dengan abang Ayie tu. Eh? Kenapa aku pun panggil dia macam tu?

“Ha’ah Arina…ni lah kawan abang. Kenapa?”

Eh? Apa ni? Kenapa ni? Sengih-sengih pulak tu. Apa yang kau mengarut tu Aryan?

“Pandai abang pilih. Kakak ni cantiklah abang.”

Cantik ke? Wah…terima kasihlah si kecil molek cili padi. Pandai menilai. Hahaha…

“Rumah kak Raihan kat mana?”

Eh? Dia tahu nama aku?

“Err…rumah akak la yang depan taman ni. Tu dia rumahku syurgaku.” Tunjukku sambil memuncungkan mulut ke arah rumah tempatku berteduh dari hujan panas, ribut petir, guruh guntur serta kilat yang kadang kala sabung menyabung.

“Oh…ye ke? Rumah Arina kat sana. Lorong Bahtera 2. Kita baru pindah sini.”

Ooo…baru pindah rupanya. Patutlah baru sekarang aku terserempak dengan Aryan Arqam. Ooo….hah?! Apa tadi? Pindah sini? Alamak…kenapa? Kenapa mesti dekat rumah aku? Kenapa mesti dia? Oh Aryan…kenapa mesti kau? Kenapa? Kenapa?

“Abang Ayie, jom balik.”

Aryan mengangguk sambil tersenyum. Kepala Arina diusapnya penuh kasih. Mak aih…nampak baik je. Macam calon yang paling sesuai untuk dijadikan calon suami. Dah lah handsome, penyayang pulak tu. Oh…sweetnya!

“Raihan, abang balik dulu ye? Tata…” sempat pula Aryan meminta diri sebelum kakinya melangkah meninggalkan aku. Tapi…abang? Apa mimpi budak ni? Tadi elok je guna saya awak, tapi kenapa tiba-tiba jadi abang pulak ni? Uish…budak ni memang sengaja la nak mengenakan aku! Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku guna gua lu. Haha…biar nampak brutal sikit. Baru ada umph! Betul tak? Betul tak?

Hmm…tapi kan…dia sememangnya tua daripada aku. So memang patutlah kalau aku panggil dia abang. Abang Ayie? Yucks…macam tak sesuai je kalau aku yang menyebutnya. Seolah-olah ada satu kecacatan di situ. Sesuatu yang hanya aku je yang nampak. Ajaib tak aku?

Apa-apa jelah. Baik aku balik dan mandi. Tak payah nak kusutkan kepala memikirkan tentang sesuatu yang tak perlu aku fikirkan ni. Dah lah memori kepala memang dah full. Maklumlah baru nak SPM. Tak lama lagi tu. Lepas habis SPM baru aku boleh fikirkan tentang dia. Tapi…perlu ke? Hahaha…

Eh? Ada message. Huh? Dari Aryan?

Pandai awk cuci baju sy ni. Dh x kotor dh. Memang ada bakat jd pembantu rumah sy…berminat x? haha…"

Arghh..! Aryan Arqam memang mengada! Tak kuasa aku nak jadi pembantu rumah dia. Setakat cuci baju yang terkena kesan ais krim tu apalah sangat. Bukannya baju tu kotor kena tar jalan ke apa. Ish…entah kenapalah dengan lelaki tu. Sebelum ni tak pernah pulak dia buat perangai ngan aku macam ni.

Ops…macamlah aku pernah bercakap dengan dia sebelum ni. Yelah…dia tu kan famous. Tak berani aku nak bercakap ngan dia. Khuatir pulak aku kalau-kalau ada peminat dia yang cemburu. Kang tak pasal-pasal aku kena santau. Eeii…tak naklah aku.

So, aku ambil jalan mudah buat tak tahu dengan kehadiran lelaki tu walaupun sebelum ni aku memang sering terserempak dengan dia. Lagipun aku taka da urusan dengan dia. Tambahan lagi aku tak ada perasaan terhadap dia. Meskipun sekelumit mahupun secubit.

Tapi yang peliknya, walaupun aku takde perasaan kat dia tapi kenapa jantung aku ni tetap berdegup kencang kalau bertentang mata dengan dia ekk? Aku malu ke? Nak malu ape? Uish…tak mungkinlah.
Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa my heart beat faster than before. Tiada jawapan bagi soalan tersebut. Tak tahulah bagaimana dan di mana nak mencarinya.








Wednesday 29 August 2012

Bab 3 ( cinta ais krim vanilla )


Saturday and Sunday! Kalianlah di antara hari-hari yang paling aku suka. Hari di mana aku boleh bermalas-malasan. Boleh bersuka-ria. Kalianlah yang selalu aku tunggu.

Pagi sabtu aku berlalu dengan cukup sempurna. Bangun pagi waktu subuh dan jogging. Lepas tu mandi dan bersarapan. Perfect! Selepas bersarapan aku bermalas-malasan dan bermanja-manja di hadapan televisyen pula. Ohh…indahnya hidupku di pagi sabtu ini.

“Raihan…tolong ibu beli ikan ngan sayur jap.” Adoi…laungan suara ibu merosakkan suasana pagi sabtu ku yang indah nan permai. Suasana yang menteteramkan jiwa raga yang kacau bilau dek peristiwa kelmarin. Ibu ni potong line pulak.

“Raihan…dengar tak ni?” kelihatan kepala ibu terjengul dari dapur.

“Dengarlah bu…tapi kejap lagi boleh tak?” ujarku berserta dengan senyuman yang paling menawan. “Cerita tengah best ni. Tak baik potong line orang pagi-pagi macam ni.”

“Alah…PVR kan ada? Record jelah. Balik nanti boleh tengok.” Alahai… dah macam pekerja astro dah ibu aku ni. Promote PVR astro pulak. Sebenarnya aku dah tersampuk penyakit M iaitu malas tapi ibu je buat-buat tak tahu.

Dengan penuh berat hati ditambah lagi dengan berat badan, aku bangun perlahan. Terasa payah kaki melangkah meninggalkan televisyen kesayangan. Apatah lagi penyakit M ku semakin parah terutamanya hari sabtu dan ahad. Ehehe…

“Nah duit…kalau ada baki Raihan simpanlah.” Wow…sebaik sahaja mendengar ungkapan yang meluncur laju keluar dari mulut ibu itu, aku tersenyum panjang. Memang itulah yang aku nak dengar.

“Yesss! Bolehlah beli ais krim.” Kelihatan ibu menggeleng cuma. Ahh…takpe la tu. Ibu menggeleng je,bukannya melarang. So? Apa salahnya kalau aku nak beli ais krim? Lagipun pagi ni terik semacam je. Bolehlah aku sejukkan tekak dengan ais krim.

Nak naik apa pergi pasar basah tu ekk? Hmm…naik skuter? Eh…malaslah. Aku baru je lepas cuci skuter tu petang kelmarin. Kang kotor pulak. Kalau kotor buat rugi aku je mengerah keringat dan tenaga bagi mengilatkan skuter merah jambu kesayanganku. Ish…tak berbaloi sungguh kan? Baik aku jalan kaki jelah. Bukannya jauh pun. Depan tu je…jumpa simpang tiga belok kanan lepas tu jumpa pulak simpang empat jalan je lurus and don’t belok-belok. Hah…lepas tu sampailah. Kan senang? Tak jauh pun….kan?
Apa yang penting kena ada payung. Maklumlah Nuraihan ni kan puteri lilin. Mana boleh kena panas. Kang tak pasal-pasal cair pulak tengah jalan tu. Terpaksalah disumbatkan dulu ke dalam peti ais kasi beku balik. Ehehe…merapu pulak aku ni.

Langkah pertama keluar dari rumah disertai dengan lafaz bismillahirahmanirrahim….

Destinasi yang dekat terasa jauh apabila panas menggigit kulit. Ditambah lagi dengan suasana yang agak lengang. Barangkali masing-masing sedang berehat di rumah. Kalau tak pun mesti pergi bersiar-siar. Maklumlah hari minggu. Hari untuk berehat sekaligus bersuka-ria. Haa…tu definisi hari minggu dalam kamus minggu aku je. Kalau cari definisi tu dalam kamus dewan bahasa memang tak jumpalah.

Langkah demi langkah ku hayunkan cepat. Dalam kepala ni asyik teringat pada cerita kartun kegemaran yang sedang bersiaran di kaca televisyen nun di rumah sana. Barbie in Mermaid Tale 2…ruginya aku kerana meninggalkanmu.

Opss…jangan terkejut pulak ye? Walaupun aku ni 17 tahun tapi aku masih minat kartun terutamanya Barbie. Bukan kerana kartun tu cantik tapi kerana fesyen dan jalan ceritanya yang menarik. Tak salahkan? Bergelar remaja tak semestinya aku hilang jiwa kanak-kanak. Tu pandangan aku terhadap diri aku sendiri.
Lagipun kenapa nak sangat jadi dewasa? Bagi aku kehidupan sebagai seorang dewasa ni terlalu sukar. Penuh dugaan, cabaran, halangan, ujian dan yang sewaktu dengannya. Berbeza dengan kanak-kanak. Kehidupan mereka penuh dengan gelak tawa. Masalah? Mungkin ada tapi takdelah sebesar masalah orang dewasa. So, enjoy je lah. Lagipun bukannya kita ada kacau orang pun. Duniaku adalah duniaku saja. Duniamu? Lantakmu lah…ehehe…

Haaa…Sedar tak sedar dah sampai ke destinasi rupanya. Ramai jugak orang kat pasar basah ni. Masing-masing dengan urusan sendiri. Eh? Sibuk memerhati orang lain pulak aku ni. Lebih baik aku beli ikan ngan sayur cepat-cepat. Bolehlah terus balik.

Beberapa minit kemudian, ikan ngan sayur sudah ada di tangan tapi dalam plastiklah. Tak kanlah aku nak bawak guna tangan je kan? RM3.00 baki yang tinggal. Haaa…apa lagi? Ais krimlah! Buah hati pengarang jantung pisangku. Singgahlah dulu ke kedai Pak Mat sebelum balik rumah. Lagipun satu haluan. Senang sikit. Tak payahlah aku susah-susah melencong ke tempat lain semata-mata nak ais krim. Kat pasar basah tu ais krim perisa ikan sayur je ada. Ehehe…

“Nuraihan binti Marzuki.” Aku tersenyum meleret apabila Pak Mat memanggil namaku sebaik sahaja melihat aku memasuki kedai runcitnya yang sederhana namun serba ada itu. Bukan sebarang nama dia panggil tu, nama penuh tu. Siap dengan ‘binti’ lagi.

“Ye saya Pak Mat Dahlan.” Balasku turut menyebut nama penuhnya. Pak Mat tersenyum. Hmm…Pak Mat memang pemurah orangnya. Murah dengan senyuman. Dah tu kaya pulak tu. Kaya dengan budi. Hidup sebatang kara tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan hidup.

Setahu aku, Pak Mat anak tunggal. Mak ayah dah lama pergi. Kalau tak silap masa dia berumur 15 tahun. Lepas tu Pak Mat berhenti sekolah sebab takde duit. Dia pun kerja kat kilang beras. Duit gaji tu dia simpan sikit-sikit untuk dijadikan modal perniagaan. Bila dah cukup modal dia bukak kedai runcit secara kecil-kecilan sampai sekarang. Makin maju dah kedai dia. Makin besar. Tak macam dulu.

Kahwin? Ibu kata Pak Mat Pernah berkahwin 25 tahun yang lepas. Aku pun belum lahir masa tu. Isteri dia meninggal dunia sebulan selepas mereka berkahwin. Dengar-dengar cerita isteri dia dirompak dan dibunuh. Tak banyak mana pun duit yang kena rompak tapi nyawa tetap melayang. Tu lah kali pertama dan kali terakhir Pak Mat berkahwin.

Ish…aku pun hairanlah dengan perompak ni. Kalau dah jadi perompak tu tak yah la nak jadi pembunuh pulak. Nak merompak, rompak je lah. Tak perlu bunuh-bunuh. Tu bukan merompak harta je tu tapi sekaligus dengan nyawa kena rompak. Huish…tak ternilai nyawa tu.
“Raihan nak ais krim vanilla ke?” Tanya Pak Mat kepadaku. Aku mengangguk bagi menjawab soalan Pak Mat.

“Raihan mai kedai Pak Mat ni memang takda benda lain ke nak dibeli? Asyik ais krim je dari dulu sampai sekarang.” Ucap Pak Mat berserta dengan segaris senyuman.

“Tak tahulah Pak Mat. Agaknya kenapalah Raihan asyik singgah kedai Pak Mat beli ais krim je ekk? Pak Mat ada jawapan tak bagi soalan yang serumit itu?”

Sengaja aku mahu bergurau dengan lelaki tua yang peramah itu. Senyuman Pak Mat makin melebar.
“Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Nah…ais krim cone kegemaran Raihan. Macam biasa  RM2.50.”
“Ehe…okey…terima kasih. Jumpa lagi Pak Mat. Raihan nak balik.” Ujarku sebaik saja duit dan ais krim bertukar tangan.

“Eh…nak balik dah? Tak dok melepak dengan Pak Mat dulu ke?” usik Pak Mat.

“Lain kali je lah Pak Mat ye? Kalau Raihan dok melepak, rasanya dapur kat rumah tu tak berasaplah.” Balasku sambil menunjukkan ikan dan sayur yang baru aku beli.

Pak Mat tergelak kecil. Aku hanya membalas dengan seulas senyuman yang menawan. Eh? Menawan ke?
Ahh… lantaklah. Menawan ke tak menawan yang penting aku ikhlas. Perjalanan balik ke rumah diteruskan lagi setelah tergendala seketika. sesungguhnya Barbie in Mermaid Tale 2 menunggu aku nun di rumah. Sabar ya Barbie…aku datang.

Tengah aku dok  busy nak bukak kertas pembalut ais krim tu, sesuatu yang tak dijangka malah tidak ku duga telah berlaku. Aku terlanggar sesuatu lagi. Peristiwa beberapa hari lepas seakan-akan berulang cuma bezanya kali ni aku tak jatuh. Arghh…kenapa aku asyik terlanggar benda je ni?! Hari tu aku langgar budak handsome sekor tu. Siapa lagi kalau bukan Aryan Arqam? Hari ni aku terlanggar sapa pulak? Aku manalah tengok jalan sebab aku tengah tengok ais krim yang aku nak bukak tu. Ish…!

Alamak! Dia lagi? Kenapa mesti dia? Muka aku tetiba je terasa panas. Serta merta mata aku tertancap pada ais krim yang secara tidak sengaja dah tertenyeh kat baju dia akibat ‘kemalangan’ itu.

Aduh…habislah aku kali ni. Mampuslah aku. Malunya. Kotor baju anak orang. Apa aku dah buat ni? Kenapa aku cuai sangat? Alahai…macam mana ni? Nak buat apa? Apa nak buat?

“Ehem…tak nak cakap ape-ape ke?” ujarnya sambil memandang tepat ke arah wajahku. Aduh…bergetar jiwa dan raga. Berdegup kencang pulak jantung ni.

“Nak cakap apa?” Ouch…secara tak sengaja itulah ayat yang aku muntahkan. Bila dah cakap baru aku perasan. Alahai…kenapalah aku tak fikir dulu sebelum cakap? Ada ke patut aku tanya dia nak cakap apa? Of course lah dia mengharapkan yang aku ni akan cakap I am sorry, saya minta maaf, ampunkan patik… ish…budak tadika pun tahu nak cakap apa. Tapi aku? Adess…tak patut sungguh aku tanya dia balik nak cakap apa.

“Awak memang suka langgar-langgar orang ke?”

Eh? Terasa macam kena perli je aku dengan soalan tu. Nak je aku jawab macam ni…ehem…takdelah Aryan. Saya suka langgar awak je. Orang lain saya tak nak langgar. Hahaha…tapi aku takdelah gila sangat nak jawab macam tu.

“Eh…tak lah. Awak tu kot yang suka kena langgar sebab setakat ni cuma awak sorang je yang saya langgar. Orang lain tak pernah lagi.”

“So, awak nak salahkan sayalah ni?” Aryan Arqam bertutur lagi. Alahai Aryan, janganlah kau bersuara lagi. Kau tahu tak gelombang suara kau tu boleh buatkan jantung aku berhenti berdegup.
Eh? Yang mana satu betul ni? Tadi aku cakap jantung aku berdegup kencang, sekarang ni terhenti pulak? Eh..ape-ape je lah. Aku sendiri pun dah confuse ni.

“Kenapa? Awak terasa ke?” fuyoo…aku menjawab laa…berlagak cool je aku. Padahal dalam hati ni siapa yang tahu?

“Awak tu yang berjalan tak tengok depan. So, awaklah yang salah. Dah tu main langgar-langgar orang pulak. Macam orang takde mata.”

“Saya jalan tak tengok depan macam orang takde mata ekk? Dah tu, awak pun samalah sebab kalau awak ade mata, mestilah awak akan mengelak. Betul tak? So, persoalannya sekarang kenapa awak tak elak kalau tak nak saya langgar awak?”

Ish…tiba-tiba pulak aku jadi panas. Yelah…ade ke patut dia kata aku takde mata? Dia tu yang tak bermata agaknya. Dia tak nampak ke aku ni ada dua biji mata yang terkebil-kebil? Memang sah buta. Ada mata celik tapi buta.

“Eh…melawan pulak budak kecik ni. Eii budak…ni baju saya yang kotor ni sapa yang nak tanggungjawab? Awak?”

Terkedu aku seketika. Ye tak ye jugak. Baju dia kotor disebabkan aku tertenyeh ais krim kat baju dia. Ulang suara…aku terrr-tenyeh ye? Bukannya sengaja pun. Kalau aku sengaja, aku tak kan tenyeh kat baju, tapi kat muka!

“Errr…biar saya je lah yang tanggungjawab. Lagipun baju awak kotor sebab terkena ais krim saya.” Ujarku dengan penuh rasa rendah diri.

Tiba-tiba dengan selamba dia bukak baju dia dan bagi kat aku. Mak aiii…agak-agaklah! Ade ke bukak baju tengah-tengah jalan macam ni? Kang tak pasal-pasal aku kena tuduh merogol anak teruna orang. Lepas tu kena penjara pulak. Oh tidak!

“Apsal dengan awak ni? Tetiba bukak baju? Nanti apa orang kata? Pakai la balik! Tak malu la awak!”
“Awak cakap nak tanggungjawab, kan? So, nah la. Ambik ni. Cuci bersih-bersih. Bagi balik kat saya hari isnin nanti. No washing machine tau. Kena guna manual. Use your hand.”

Amboi…siap bagi arahan lagi tu. Tapi…apa boleh buat. Alahai…junjung perintah jelah. Perlahan-lahan baju bertukar tangan. Ish…dia tak malu ke tak pakai baju? Aku pulak yang malu nengok.
“Haa…apa lagi? Pergi balik cuci baju.”

Hek eleh…menyampah! Muka handsome tapi perangai macam…tutt…

Bab 2 ( cinta ais krim vanilla )


Sakitnya hati aku. Dia pula gelak sakan. Kalau bukan kerana dia,aku tak kan ditimpa malu! Sekeh kang baru tahu. Dari tadi dah gelakkan aku tak habis-habis. Lawak sangat ke? Kalau lawak…kenapa aku rasa tak lawak pun?

“Dahlah tu, Izz. Kau gelak tak ingat dunia.” Ujarku dengan hati yang terluka. Boleh pulak dia gelakkan aku kaw-kaw sampai macam tu sekali? Tu haa…sampai keluar air mata. Melampau betullah dia ni gelak! Kalau nak gelak tu,gelaklah sikit-sikit je. Tak yahlah sampai air mata pun keluar macam tu.

“Macam manalah aku tak gelak. Kisah kau tadi tu lawak sangat. Keadaan kau masa tu lawak giler beb!”
Cis,kurang asam punya Izz! Tu bukannya bahan lawak. Rupa-rupanya masa aku jatuh tadi dia ada menyaksikan adegan tu. Dia baru sampai masa tu. Ada kat belakang aku dalam jarak beberapa ratus meter je.

“Izz,kalau bukan kerana aku nak hantar sms untuk kau kejadian tadi tu tak kan berlaku. Semua ni salah kau. Kau boleh pulak gelakkan aku kaw-kaw? Kau tak sedar ke kau dah buat salah? Bukan salah kecik tapi salah besar.”

Terasa ada rajuk yang melingkari diriku pada waktu itu. Sungguh aku terkecil hati. Hati aku terluka. Dalam diam rajuk mula bercambah. Semua ini gara-gara Putra Izz Danish!

“Alaa sayang sayang….calm down lah…well I'm sorry ... maybe I am guilty because I was too late and you can put the blame on me but it is not my fault if you bump someone.”

“Memang salah kaulah Izz! Kalau bukan kerana kau yang lambat, aku tak kan terfikir untuk hantar sms. Kalau bukan kerana kau yang lambat, aku tak kan langgar orang dan kalau bukan kerana kau yang lambat,aku tak kan dapat malu macam ni! Dah lah kawan dia gelakkan aku,sekarang kawan aku pulak yang gelakkan aku.”

Amboi…emosionalnya aku! Terasa ada sesuatu yang mengalir lesu di pipiku. Alah…kalau dah namanya perempuan tu,perempuanlah jugak kn?

“Eh? Raihan…kau janganlah nangis pulak. Aku janji aku tak buat lagi. Sorry?”

Hek eleh…bila tengok aku nangis baru nak minta maaf. Jangan haraplah! Aku tak kan maafkan kau. Tadi kau gelak sakan pada diriku yang malang. Huh!

“Raihan…please?” 

Ohh lelaki…kau merayulah sebanyak mana sekali pun aku tak kan maafkan kau.
Hmm…kejap ekk? Aku pergi kedai depan tu jap.” 

Tiba-tiba Izz melangkah menuju ke destinasi. Ahh…lantak dialah! Aku peduli apa? Dia nak pergi kedai depan tu ke,kedai hujung tu ke…that not my problem.

Tak lama lepas tu kelihatan Izz berlari-lari anak menuju ke arah aku yang masih masam mencuka. Aku pura-pura tak nampak. Malas nak melayan karenah pesalah itu. There is no forgiveness for you. Tapi…
“Nah…aiskrim vanilla. Your favourite right?”

Alaa…aku baru nak merajuk tapi dah terpujuk. Pandailah Izz memujuk. Sedar tak sedar senyuman paling manis telah terukir sebaik sahaja aiskrim kegemaran bertukar tangan. Izz pun nampak sangat lega. Hati yang tak sekeras mana ni jadi lembut seperti agar-agar. Izz memang bijak memujuk aku. Selama aku berkawan dengan dia, jarang ada pertelingkahan mahu pun silih faham yang berpanjangan. Selalunya aku yang mulakan dengan merajuk. Tapi Izz memang bijak. Dia selalu menggunakan apa yang aku suka untuk memujuk aku.

“Eleh…tengok aiskrim terus senyum…” komen Izz. Aku tahu komen itu ditujukan khas untuk aku tapi malaslah aku nak ambil kisah. Makan aiskrim lagi bagus. Lagi sedap dan yang paling penting percuma pulak tu.

Bab 1 ( cinta ais krim Vanilla )


“ Raihan!” jeritan suara yang melaungkan namaku mengetuk gegendang telinga menyebabkan aku segera menoleh ke kiri dan ke kanan bagi mencari tuan empunya suara. Tak fasal-fasal aku mendapat publisiti murahan dek kerana gelombang kuat yang melaungkan namaku itu. Satu tepukan  yang aku terima dari belakang membuatkan aku menoleh. Laa…minah ni rupanya…

“ Hang dok kalih kiri kalih kanan tu pasai apa? Awat hang tak toleh belakang? Hang dok cari sapa tu?” kelihatan Damia tersengih lebar selebar lebarnya. Ish…tersengih-sengih pulak budak sekok ni. Kang ada gak yang kena cepuk baru tahu.

“ Ni haa…aku dok tengok kiri kanan ni sebab aku tengah cari peminat aku. Tadi peminat aku tu jerit nama aku. Kuat bebeno lagi tu.  Famous aku!”

PAPP!!! Satu lagi tepukan kuat mencemarkan tubuhku. Adoii…sakit…! Haa…inilah Damia. Suka sangat memukul, menepuk dan menampar tubuh ini. Katanya itu pukulan manja, tepukan manja, tamparan manja…kalaulah pukulan manja, tepukan manja ngan tamparan manja dia macam ni, agaknya macam manalah rasanya pukulan, tepukan ngan tamparan tak manja dia ekk? Ish…tak naklah aku merasa.

“ Hang ni tak da keja lain. Kalau jumpa aku je, mesti gedebak gedebuk aku kena pukui ngan hang.”  Damia tersengih lagi. Eh? Boleh pulak dia tersengih macam tu. Tertanggal gigi tu baru tahu!

“ Sorrylah Raihan…Mia memang macam ni. Anyway, hang nak pi mana ni?”

“ Aku nak pi Midvalley tapi lelaki melayu terakhir tu suruh aku tunggu dia sekali.”

Amboi…berkerut-kerut dahi si cantik Damia. Mesti dia tengah dok fikir siapa lelaki melayu terakhir tu. 

“ Lelaki melayu terakhir? Siapa?” Haa…seratus markah untuk aku! Tepat sekali apa yang ada di dalam fikiran ku ini.

“Izzlah sayang..sapa lagi yang selalu berkepit ngan aku kalau bukan mamat tu? Tadi dia suruh aku tunggu dia sekali sebab tulah aku dok tercegat kat sini lagi ni. Mia pulak nak pi mana?”

“Mia tak pi mana-mana pun. Mia tengah tunggu mak saudara ni. Dia mai rumah Mia. Ni dok tercegat depan ni hang dah beli tiket ke belum? Baik hang pi beli sekarang. Kang tak pasai-pasai berebut pulak.”

Hmm…ye tak ye jugak ekk? Apesal aku tak reti nak fikir sendiri “Betul jugak tu.”

“Haa…okeylah tu. Baiklah kawan, tu mak saudara Mia dah sampai. So Mia kena chow ni. Sayonara!” aku sekadar mengangguk. Damia pula terus berlari mendapatkan mak saudaranya. Padan sangatlah dia tu jadi atlet lumba lari. Aku tengok dia tu pun suka sangat berlari. Sebenarnya bukan sebab dia suka ke ape tapi disebabkan dia selalu kesuntukkan masa so terpaksalah dia selalu berlari bagi mengejar masa yang semestinya lari lebih laju dari dia. Ahh…lantak dialah…ehehehe…

Telefon bimbit kesayangan aku keluarkan dari poket. Kaki ku pula diarah laju menuju ke kaunter. Maklumlah tak sabar nak beli tiket. Tengah aku dok kalut dok sibuk nak hantar pesanan ringkas untuk lelaki melayu terakhir, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu objek. Perlanggaran itu membuatkan badan aku menjadi tak seimbang dan akhirnya…gedebuk! Macam nangka jatuhlah…

“Aduh..!” aku terduduk di situ juga. Tak lama lepas tu kedengaran pula suara-suara sumbang mengeluarkan gelombang bunyi yang tidak menyenangkan jiwa dan raga aku. Gelombang suara apa lagi kalau bukan gelombang ketawa.

“ Cik adik…jalan tu tengok depan. Bukan tunduk tengok handset tu. Ni tak…jalan tengok handset lepas tu main langgar-langgar orang pulak.”

Amboi…tersirap darah aku mendengar patah demi patah yang diucapkan oleh si pemilik suara garau. Eh? Pemilik suara garau? Aku langgar siapa? Lelaki pure ke separuh pure?

Disebabkan oleh keadaan aku yang terduduk, maka dengan rasminya aku terpaksa mendongak demi melihat objek ape yang aku langgar dan reti pulak bertutur kata itu.

Alamak, memang sah! Aku dah terlanggar objek bukan sebarang objek! Aku sebenarnya telah terlanggar objek yang bernyawa. Objek itu adalah manusia dan manusia itu pula manusia yang paling glamour dan famous. Siapa lagi kalau bukan abang senior aku, budak tingkatan 6 atas yang diberi nama oleh ayah dan ibunya sebagai Muhammad Aryan Arqam bin Muhammad Mansor. Kelihatan dia memandang tepat ke arah wajah aku menyebabkan aku tertunduk. Apsal mamat ni tengok aku semacam? Malulah aku! Dahlah aku terlanggar dia,jatuh terduduk lagi tu! Aduh…janganlah tengok aku macam tu. Aku ni dah cukup malu dah dengan keadaan aku sekarang jadi tolonglah jangan tambahkan rasa malu itu. Dah lah kawan dia dua ekor tu tak henti-henti ketawa.

“Err…Awak? Awak nak dok kat situ sampai bila?”

Aduh…putera idaman malaya Aryan Arqam bertutur pula. Ye tak ye jugak? Sampai bila aku nak dok kat sini? Lebih baik aku blah kan? Lalu dengan pantasnya aku bangun dan mengatur langkah tanpa sempat mengucapkan kata maaf ataupun sorry terhadap mamat yang aku langgar tu.

Bukannya aku sengaja tak nak minta maaf tapi rasa malu aku mengatasi rasa bersalah. Eh? Bersalah? Kenapa pulak aku nak rasa bersalah? Dia bukannya cedera pun kena langgar dek aku ni. Tambahan pula aku yang jatuh,bukannya dia? So…aku rasa kata maaf tu tak perlu sangat kot.

Dia pun elok lagi tadi tu. Tak ada calar tak ada bengkak. Maknanya sihat walafiatlah tu. Muka dia pun masih handsome. Tak ada jerawat yang muncul selepas aku langgar dia. Tubuh dia pun elok lagi. Masih tegap. Dada masih bidang. Masih tinggi lagi. Tak ada pula selepas aku langgar dia terus dia jadi pendek. Senyuman pun masih menawan. Masih mampu menggetarkan hati gadis yang memandang.

Eh? Apa yang aku merapu ni? Kenapa aku nak fikirkan sangat tentang mamat tu? Apa yang penting dia selamat dan masih bernyawa. Mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tak cacat selepas kena langgar. Hmm…so…nak risau apa?

Prolog ( cinta ais krim Vanilla )


Cinta? Kalau ditanya soalnya cinta,pelbagai jawapan yang akan kita terima. Tapi bagi aku cinta itu adalah sesuatu yang suci. Sesuatu yang boleh membuatkan hidup seseorang lebih bersinar dan bermakna.  Sesuatu yang membawa erti kebahagiaan malah bagi sesetengah  orang cinta itulah yang memberinya kekuatan. Tapi betul ke? Kadang-kadang aku rasa cinta sesuatu yang susah untuk dimengerti sebenarnya. Ada yang mengatakan cinta itu membawa bahagia tapi ada juga yang merana kerana cinta. Hmm…kalau aku yang diajukan soalan macam tu,aku rasa aku pun keliru jugak. Sebetulnya memanglah cinta tu membawa bahagia tapi cinta juga boleh menyebabkan air mata mencurah bak air paip. Alahai…susahnya nak faham apa itu cinta kn? Mungkin atas sebab tu jugaklah aku masih solo sampai sekarang. Tapi aku tak pernah rasa sunyi sebab aku ada kawan-kawan yang sentiasa berada di sisiku.


Jodoh tu tuhan yang tentukan. Aku yakin jodoh akan datang sendiri.  Jadi nak risau apa? Betul tak? Pernah jugaklah aku bercinta tapi tu cinta monyet. Umur baru setahun jagung dah menggatal nak tahu apa tu cinta tapi apa aku dapat? Tak dapat apa-apa pun sebab aku tak tahu apa sebenarnya maksud yang tersirat dalam CINTA. Sekarang ni bila aku makin dewasa,terasa makin payah pula nak tahu maksud sebenar cinta. Akhirnya aku mengklafikasikannya sebagai sesuatu yang misteri.


Ahh…sudahlah! Lupakanlah apa yang aku merapu tadi tu. Sekarang mari berkenalan dengan aku pula. Nama aku Nuraihan binti Marzuki.  Aku budak bawah umur. Baru 17 tahun. Hidup aku penuh dengan warna-warni. Pendek kata aku ni seorang yang happy go lucky! Senyum ketawa itulah hobi utama aku. Bersedih menangis tu pulak musuh utama aku. Bestfriend aku Damia. Orangnya cantik. Ala-ala model gitu tapi aku pun apa kurangnya? Wajah ala-ala artis korea gitu. Ewah…aku tipu je…aku tidaklah sehebat itu mahupun secantik itu. Lainlah kalau Damia,dia memang cantik. Tinggi lampai bertubuh langsing. Lirikan matanya saja dah boleh buatkan jantung sang pria berdegup pada kadar yang tidak normal. Lainlah kalau lirikan mata aku ni. Kalau aku melirik, sang pria buat tak tahu je. Takde effect langsung. Kesian aku kan? Well,apa-apa jelah. Yang  penting aku bahagia dan ceria.


Seorang lagi kawan yang aku nak kenalkan pada semua. Nama diberi Putra Izz Danish. Orangnya kacak berlesung pipit pula. Status dia sama macam aku jugak iaitu solo. Aku pun tak tahu kenapa orang kacak macam dia tu boleh solo sampai sekarang. Selama lebih 4 tahun aku kenal lelaki tu, selama tu jugaklah dia memegang status solo. Bukannya dia tak ada peminat malah selalu jugak dia dapat surat dari peminat-peminat wanita tapi dia buat tak tahu je. Kalau aku tanya kenapa pasti dia akan jawap hati dia sudah dimiliki tapi aku tak pernah tahu pulak siapakah pemilik hati tu? Si pemilik hati Izz Danish tu pulak tak sedar ke bahawa ada lelaki kacak sedang menanti cintanya? Alahai…mungkin jugak Izz yang tak pernah menyuarakan rasa cinta terhadap gadis tu so manalah gadis tu tahu. Betul tak? Izz ni pun satu,sejak di tingkatan 1 lagi dia dah ada rasa cinta untuk gadis itu tapi tak jugak couple sampai sekarang. Memang sahlah Izz yang tak suarakan rasa tu sebab tak kanlah perigi nak cari timba? Lagipun gadis misteri yang telah berjaya mencuri hati dia tu tak kan tahu kalau dia tak beritahu. Memang padanlah dengan muka dia masih solo sampai sekarang. Sama macam aku jugak. Haa…padan muka aku!