Wednesday, 29 August 2012

Bab 3 ( cinta ais krim vanilla )


Saturday and Sunday! Kalianlah di antara hari-hari yang paling aku suka. Hari di mana aku boleh bermalas-malasan. Boleh bersuka-ria. Kalianlah yang selalu aku tunggu.

Pagi sabtu aku berlalu dengan cukup sempurna. Bangun pagi waktu subuh dan jogging. Lepas tu mandi dan bersarapan. Perfect! Selepas bersarapan aku bermalas-malasan dan bermanja-manja di hadapan televisyen pula. Ohh…indahnya hidupku di pagi sabtu ini.

“Raihan…tolong ibu beli ikan ngan sayur jap.” Adoi…laungan suara ibu merosakkan suasana pagi sabtu ku yang indah nan permai. Suasana yang menteteramkan jiwa raga yang kacau bilau dek peristiwa kelmarin. Ibu ni potong line pulak.

“Raihan…dengar tak ni?” kelihatan kepala ibu terjengul dari dapur.

“Dengarlah bu…tapi kejap lagi boleh tak?” ujarku berserta dengan senyuman yang paling menawan. “Cerita tengah best ni. Tak baik potong line orang pagi-pagi macam ni.”

“Alah…PVR kan ada? Record jelah. Balik nanti boleh tengok.” Alahai… dah macam pekerja astro dah ibu aku ni. Promote PVR astro pulak. Sebenarnya aku dah tersampuk penyakit M iaitu malas tapi ibu je buat-buat tak tahu.

Dengan penuh berat hati ditambah lagi dengan berat badan, aku bangun perlahan. Terasa payah kaki melangkah meninggalkan televisyen kesayangan. Apatah lagi penyakit M ku semakin parah terutamanya hari sabtu dan ahad. Ehehe…

“Nah duit…kalau ada baki Raihan simpanlah.” Wow…sebaik sahaja mendengar ungkapan yang meluncur laju keluar dari mulut ibu itu, aku tersenyum panjang. Memang itulah yang aku nak dengar.

“Yesss! Bolehlah beli ais krim.” Kelihatan ibu menggeleng cuma. Ahh…takpe la tu. Ibu menggeleng je,bukannya melarang. So? Apa salahnya kalau aku nak beli ais krim? Lagipun pagi ni terik semacam je. Bolehlah aku sejukkan tekak dengan ais krim.

Nak naik apa pergi pasar basah tu ekk? Hmm…naik skuter? Eh…malaslah. Aku baru je lepas cuci skuter tu petang kelmarin. Kang kotor pulak. Kalau kotor buat rugi aku je mengerah keringat dan tenaga bagi mengilatkan skuter merah jambu kesayanganku. Ish…tak berbaloi sungguh kan? Baik aku jalan kaki jelah. Bukannya jauh pun. Depan tu je…jumpa simpang tiga belok kanan lepas tu jumpa pulak simpang empat jalan je lurus and don’t belok-belok. Hah…lepas tu sampailah. Kan senang? Tak jauh pun….kan?
Apa yang penting kena ada payung. Maklumlah Nuraihan ni kan puteri lilin. Mana boleh kena panas. Kang tak pasal-pasal cair pulak tengah jalan tu. Terpaksalah disumbatkan dulu ke dalam peti ais kasi beku balik. Ehehe…merapu pulak aku ni.

Langkah pertama keluar dari rumah disertai dengan lafaz bismillahirahmanirrahim….

Destinasi yang dekat terasa jauh apabila panas menggigit kulit. Ditambah lagi dengan suasana yang agak lengang. Barangkali masing-masing sedang berehat di rumah. Kalau tak pun mesti pergi bersiar-siar. Maklumlah hari minggu. Hari untuk berehat sekaligus bersuka-ria. Haa…tu definisi hari minggu dalam kamus minggu aku je. Kalau cari definisi tu dalam kamus dewan bahasa memang tak jumpalah.

Langkah demi langkah ku hayunkan cepat. Dalam kepala ni asyik teringat pada cerita kartun kegemaran yang sedang bersiaran di kaca televisyen nun di rumah sana. Barbie in Mermaid Tale 2…ruginya aku kerana meninggalkanmu.

Opss…jangan terkejut pulak ye? Walaupun aku ni 17 tahun tapi aku masih minat kartun terutamanya Barbie. Bukan kerana kartun tu cantik tapi kerana fesyen dan jalan ceritanya yang menarik. Tak salahkan? Bergelar remaja tak semestinya aku hilang jiwa kanak-kanak. Tu pandangan aku terhadap diri aku sendiri.
Lagipun kenapa nak sangat jadi dewasa? Bagi aku kehidupan sebagai seorang dewasa ni terlalu sukar. Penuh dugaan, cabaran, halangan, ujian dan yang sewaktu dengannya. Berbeza dengan kanak-kanak. Kehidupan mereka penuh dengan gelak tawa. Masalah? Mungkin ada tapi takdelah sebesar masalah orang dewasa. So, enjoy je lah. Lagipun bukannya kita ada kacau orang pun. Duniaku adalah duniaku saja. Duniamu? Lantakmu lah…ehehe…

Haaa…Sedar tak sedar dah sampai ke destinasi rupanya. Ramai jugak orang kat pasar basah ni. Masing-masing dengan urusan sendiri. Eh? Sibuk memerhati orang lain pulak aku ni. Lebih baik aku beli ikan ngan sayur cepat-cepat. Bolehlah terus balik.

Beberapa minit kemudian, ikan ngan sayur sudah ada di tangan tapi dalam plastiklah. Tak kanlah aku nak bawak guna tangan je kan? RM3.00 baki yang tinggal. Haaa…apa lagi? Ais krimlah! Buah hati pengarang jantung pisangku. Singgahlah dulu ke kedai Pak Mat sebelum balik rumah. Lagipun satu haluan. Senang sikit. Tak payahlah aku susah-susah melencong ke tempat lain semata-mata nak ais krim. Kat pasar basah tu ais krim perisa ikan sayur je ada. Ehehe…

“Nuraihan binti Marzuki.” Aku tersenyum meleret apabila Pak Mat memanggil namaku sebaik sahaja melihat aku memasuki kedai runcitnya yang sederhana namun serba ada itu. Bukan sebarang nama dia panggil tu, nama penuh tu. Siap dengan ‘binti’ lagi.

“Ye saya Pak Mat Dahlan.” Balasku turut menyebut nama penuhnya. Pak Mat tersenyum. Hmm…Pak Mat memang pemurah orangnya. Murah dengan senyuman. Dah tu kaya pulak tu. Kaya dengan budi. Hidup sebatang kara tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan hidup.

Setahu aku, Pak Mat anak tunggal. Mak ayah dah lama pergi. Kalau tak silap masa dia berumur 15 tahun. Lepas tu Pak Mat berhenti sekolah sebab takde duit. Dia pun kerja kat kilang beras. Duit gaji tu dia simpan sikit-sikit untuk dijadikan modal perniagaan. Bila dah cukup modal dia bukak kedai runcit secara kecil-kecilan sampai sekarang. Makin maju dah kedai dia. Makin besar. Tak macam dulu.

Kahwin? Ibu kata Pak Mat Pernah berkahwin 25 tahun yang lepas. Aku pun belum lahir masa tu. Isteri dia meninggal dunia sebulan selepas mereka berkahwin. Dengar-dengar cerita isteri dia dirompak dan dibunuh. Tak banyak mana pun duit yang kena rompak tapi nyawa tetap melayang. Tu lah kali pertama dan kali terakhir Pak Mat berkahwin.

Ish…aku pun hairanlah dengan perompak ni. Kalau dah jadi perompak tu tak yah la nak jadi pembunuh pulak. Nak merompak, rompak je lah. Tak perlu bunuh-bunuh. Tu bukan merompak harta je tu tapi sekaligus dengan nyawa kena rompak. Huish…tak ternilai nyawa tu.
“Raihan nak ais krim vanilla ke?” Tanya Pak Mat kepadaku. Aku mengangguk bagi menjawab soalan Pak Mat.

“Raihan mai kedai Pak Mat ni memang takda benda lain ke nak dibeli? Asyik ais krim je dari dulu sampai sekarang.” Ucap Pak Mat berserta dengan segaris senyuman.

“Tak tahulah Pak Mat. Agaknya kenapalah Raihan asyik singgah kedai Pak Mat beli ais krim je ekk? Pak Mat ada jawapan tak bagi soalan yang serumit itu?”

Sengaja aku mahu bergurau dengan lelaki tua yang peramah itu. Senyuman Pak Mat makin melebar.
“Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Nah…ais krim cone kegemaran Raihan. Macam biasa  RM2.50.”
“Ehe…okey…terima kasih. Jumpa lagi Pak Mat. Raihan nak balik.” Ujarku sebaik saja duit dan ais krim bertukar tangan.

“Eh…nak balik dah? Tak dok melepak dengan Pak Mat dulu ke?” usik Pak Mat.

“Lain kali je lah Pak Mat ye? Kalau Raihan dok melepak, rasanya dapur kat rumah tu tak berasaplah.” Balasku sambil menunjukkan ikan dan sayur yang baru aku beli.

Pak Mat tergelak kecil. Aku hanya membalas dengan seulas senyuman yang menawan. Eh? Menawan ke?
Ahh… lantaklah. Menawan ke tak menawan yang penting aku ikhlas. Perjalanan balik ke rumah diteruskan lagi setelah tergendala seketika. sesungguhnya Barbie in Mermaid Tale 2 menunggu aku nun di rumah. Sabar ya Barbie…aku datang.

Tengah aku dok  busy nak bukak kertas pembalut ais krim tu, sesuatu yang tak dijangka malah tidak ku duga telah berlaku. Aku terlanggar sesuatu lagi. Peristiwa beberapa hari lepas seakan-akan berulang cuma bezanya kali ni aku tak jatuh. Arghh…kenapa aku asyik terlanggar benda je ni?! Hari tu aku langgar budak handsome sekor tu. Siapa lagi kalau bukan Aryan Arqam? Hari ni aku terlanggar sapa pulak? Aku manalah tengok jalan sebab aku tengah tengok ais krim yang aku nak bukak tu. Ish…!

Alamak! Dia lagi? Kenapa mesti dia? Muka aku tetiba je terasa panas. Serta merta mata aku tertancap pada ais krim yang secara tidak sengaja dah tertenyeh kat baju dia akibat ‘kemalangan’ itu.

Aduh…habislah aku kali ni. Mampuslah aku. Malunya. Kotor baju anak orang. Apa aku dah buat ni? Kenapa aku cuai sangat? Alahai…macam mana ni? Nak buat apa? Apa nak buat?

“Ehem…tak nak cakap ape-ape ke?” ujarnya sambil memandang tepat ke arah wajahku. Aduh…bergetar jiwa dan raga. Berdegup kencang pulak jantung ni.

“Nak cakap apa?” Ouch…secara tak sengaja itulah ayat yang aku muntahkan. Bila dah cakap baru aku perasan. Alahai…kenapalah aku tak fikir dulu sebelum cakap? Ada ke patut aku tanya dia nak cakap apa? Of course lah dia mengharapkan yang aku ni akan cakap I am sorry, saya minta maaf, ampunkan patik… ish…budak tadika pun tahu nak cakap apa. Tapi aku? Adess…tak patut sungguh aku tanya dia balik nak cakap apa.

“Awak memang suka langgar-langgar orang ke?”

Eh? Terasa macam kena perli je aku dengan soalan tu. Nak je aku jawab macam ni…ehem…takdelah Aryan. Saya suka langgar awak je. Orang lain saya tak nak langgar. Hahaha…tapi aku takdelah gila sangat nak jawab macam tu.

“Eh…tak lah. Awak tu kot yang suka kena langgar sebab setakat ni cuma awak sorang je yang saya langgar. Orang lain tak pernah lagi.”

“So, awak nak salahkan sayalah ni?” Aryan Arqam bertutur lagi. Alahai Aryan, janganlah kau bersuara lagi. Kau tahu tak gelombang suara kau tu boleh buatkan jantung aku berhenti berdegup.
Eh? Yang mana satu betul ni? Tadi aku cakap jantung aku berdegup kencang, sekarang ni terhenti pulak? Eh..ape-ape je lah. Aku sendiri pun dah confuse ni.

“Kenapa? Awak terasa ke?” fuyoo…aku menjawab laa…berlagak cool je aku. Padahal dalam hati ni siapa yang tahu?

“Awak tu yang berjalan tak tengok depan. So, awaklah yang salah. Dah tu main langgar-langgar orang pulak. Macam orang takde mata.”

“Saya jalan tak tengok depan macam orang takde mata ekk? Dah tu, awak pun samalah sebab kalau awak ade mata, mestilah awak akan mengelak. Betul tak? So, persoalannya sekarang kenapa awak tak elak kalau tak nak saya langgar awak?”

Ish…tiba-tiba pulak aku jadi panas. Yelah…ade ke patut dia kata aku takde mata? Dia tu yang tak bermata agaknya. Dia tak nampak ke aku ni ada dua biji mata yang terkebil-kebil? Memang sah buta. Ada mata celik tapi buta.

“Eh…melawan pulak budak kecik ni. Eii budak…ni baju saya yang kotor ni sapa yang nak tanggungjawab? Awak?”

Terkedu aku seketika. Ye tak ye jugak. Baju dia kotor disebabkan aku tertenyeh ais krim kat baju dia. Ulang suara…aku terrr-tenyeh ye? Bukannya sengaja pun. Kalau aku sengaja, aku tak kan tenyeh kat baju, tapi kat muka!

“Errr…biar saya je lah yang tanggungjawab. Lagipun baju awak kotor sebab terkena ais krim saya.” Ujarku dengan penuh rasa rendah diri.

Tiba-tiba dengan selamba dia bukak baju dia dan bagi kat aku. Mak aiii…agak-agaklah! Ade ke bukak baju tengah-tengah jalan macam ni? Kang tak pasal-pasal aku kena tuduh merogol anak teruna orang. Lepas tu kena penjara pulak. Oh tidak!

“Apsal dengan awak ni? Tetiba bukak baju? Nanti apa orang kata? Pakai la balik! Tak malu la awak!”
“Awak cakap nak tanggungjawab, kan? So, nah la. Ambik ni. Cuci bersih-bersih. Bagi balik kat saya hari isnin nanti. No washing machine tau. Kena guna manual. Use your hand.”

Amboi…siap bagi arahan lagi tu. Tapi…apa boleh buat. Alahai…junjung perintah jelah. Perlahan-lahan baju bertukar tangan. Ish…dia tak malu ke tak pakai baju? Aku pulak yang malu nengok.
“Haa…apa lagi? Pergi balik cuci baju.”

Hek eleh…menyampah! Muka handsome tapi perangai macam…tutt…

No comments:

Post a Comment