Wednesday, 29 August 2012

Bab 1 ( cinta ais krim Vanilla )


“ Raihan!” jeritan suara yang melaungkan namaku mengetuk gegendang telinga menyebabkan aku segera menoleh ke kiri dan ke kanan bagi mencari tuan empunya suara. Tak fasal-fasal aku mendapat publisiti murahan dek kerana gelombang kuat yang melaungkan namaku itu. Satu tepukan  yang aku terima dari belakang membuatkan aku menoleh. Laa…minah ni rupanya…

“ Hang dok kalih kiri kalih kanan tu pasai apa? Awat hang tak toleh belakang? Hang dok cari sapa tu?” kelihatan Damia tersengih lebar selebar lebarnya. Ish…tersengih-sengih pulak budak sekok ni. Kang ada gak yang kena cepuk baru tahu.

“ Ni haa…aku dok tengok kiri kanan ni sebab aku tengah cari peminat aku. Tadi peminat aku tu jerit nama aku. Kuat bebeno lagi tu.  Famous aku!”

PAPP!!! Satu lagi tepukan kuat mencemarkan tubuhku. Adoii…sakit…! Haa…inilah Damia. Suka sangat memukul, menepuk dan menampar tubuh ini. Katanya itu pukulan manja, tepukan manja, tamparan manja…kalaulah pukulan manja, tepukan manja ngan tamparan manja dia macam ni, agaknya macam manalah rasanya pukulan, tepukan ngan tamparan tak manja dia ekk? Ish…tak naklah aku merasa.

“ Hang ni tak da keja lain. Kalau jumpa aku je, mesti gedebak gedebuk aku kena pukui ngan hang.”  Damia tersengih lagi. Eh? Boleh pulak dia tersengih macam tu. Tertanggal gigi tu baru tahu!

“ Sorrylah Raihan…Mia memang macam ni. Anyway, hang nak pi mana ni?”

“ Aku nak pi Midvalley tapi lelaki melayu terakhir tu suruh aku tunggu dia sekali.”

Amboi…berkerut-kerut dahi si cantik Damia. Mesti dia tengah dok fikir siapa lelaki melayu terakhir tu. 

“ Lelaki melayu terakhir? Siapa?” Haa…seratus markah untuk aku! Tepat sekali apa yang ada di dalam fikiran ku ini.

“Izzlah sayang..sapa lagi yang selalu berkepit ngan aku kalau bukan mamat tu? Tadi dia suruh aku tunggu dia sekali sebab tulah aku dok tercegat kat sini lagi ni. Mia pulak nak pi mana?”

“Mia tak pi mana-mana pun. Mia tengah tunggu mak saudara ni. Dia mai rumah Mia. Ni dok tercegat depan ni hang dah beli tiket ke belum? Baik hang pi beli sekarang. Kang tak pasai-pasai berebut pulak.”

Hmm…ye tak ye jugak ekk? Apesal aku tak reti nak fikir sendiri “Betul jugak tu.”

“Haa…okeylah tu. Baiklah kawan, tu mak saudara Mia dah sampai. So Mia kena chow ni. Sayonara!” aku sekadar mengangguk. Damia pula terus berlari mendapatkan mak saudaranya. Padan sangatlah dia tu jadi atlet lumba lari. Aku tengok dia tu pun suka sangat berlari. Sebenarnya bukan sebab dia suka ke ape tapi disebabkan dia selalu kesuntukkan masa so terpaksalah dia selalu berlari bagi mengejar masa yang semestinya lari lebih laju dari dia. Ahh…lantak dialah…ehehehe…

Telefon bimbit kesayangan aku keluarkan dari poket. Kaki ku pula diarah laju menuju ke kaunter. Maklumlah tak sabar nak beli tiket. Tengah aku dok kalut dok sibuk nak hantar pesanan ringkas untuk lelaki melayu terakhir, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu objek. Perlanggaran itu membuatkan badan aku menjadi tak seimbang dan akhirnya…gedebuk! Macam nangka jatuhlah…

“Aduh..!” aku terduduk di situ juga. Tak lama lepas tu kedengaran pula suara-suara sumbang mengeluarkan gelombang bunyi yang tidak menyenangkan jiwa dan raga aku. Gelombang suara apa lagi kalau bukan gelombang ketawa.

“ Cik adik…jalan tu tengok depan. Bukan tunduk tengok handset tu. Ni tak…jalan tengok handset lepas tu main langgar-langgar orang pulak.”

Amboi…tersirap darah aku mendengar patah demi patah yang diucapkan oleh si pemilik suara garau. Eh? Pemilik suara garau? Aku langgar siapa? Lelaki pure ke separuh pure?

Disebabkan oleh keadaan aku yang terduduk, maka dengan rasminya aku terpaksa mendongak demi melihat objek ape yang aku langgar dan reti pulak bertutur kata itu.

Alamak, memang sah! Aku dah terlanggar objek bukan sebarang objek! Aku sebenarnya telah terlanggar objek yang bernyawa. Objek itu adalah manusia dan manusia itu pula manusia yang paling glamour dan famous. Siapa lagi kalau bukan abang senior aku, budak tingkatan 6 atas yang diberi nama oleh ayah dan ibunya sebagai Muhammad Aryan Arqam bin Muhammad Mansor. Kelihatan dia memandang tepat ke arah wajah aku menyebabkan aku tertunduk. Apsal mamat ni tengok aku semacam? Malulah aku! Dahlah aku terlanggar dia,jatuh terduduk lagi tu! Aduh…janganlah tengok aku macam tu. Aku ni dah cukup malu dah dengan keadaan aku sekarang jadi tolonglah jangan tambahkan rasa malu itu. Dah lah kawan dia dua ekor tu tak henti-henti ketawa.

“Err…Awak? Awak nak dok kat situ sampai bila?”

Aduh…putera idaman malaya Aryan Arqam bertutur pula. Ye tak ye jugak? Sampai bila aku nak dok kat sini? Lebih baik aku blah kan? Lalu dengan pantasnya aku bangun dan mengatur langkah tanpa sempat mengucapkan kata maaf ataupun sorry terhadap mamat yang aku langgar tu.

Bukannya aku sengaja tak nak minta maaf tapi rasa malu aku mengatasi rasa bersalah. Eh? Bersalah? Kenapa pulak aku nak rasa bersalah? Dia bukannya cedera pun kena langgar dek aku ni. Tambahan pula aku yang jatuh,bukannya dia? So…aku rasa kata maaf tu tak perlu sangat kot.

Dia pun elok lagi tadi tu. Tak ada calar tak ada bengkak. Maknanya sihat walafiatlah tu. Muka dia pun masih handsome. Tak ada jerawat yang muncul selepas aku langgar dia. Tubuh dia pun elok lagi. Masih tegap. Dada masih bidang. Masih tinggi lagi. Tak ada pula selepas aku langgar dia terus dia jadi pendek. Senyuman pun masih menawan. Masih mampu menggetarkan hati gadis yang memandang.

Eh? Apa yang aku merapu ni? Kenapa aku nak fikirkan sangat tentang mamat tu? Apa yang penting dia selamat dan masih bernyawa. Mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tak cacat selepas kena langgar. Hmm…so…nak risau apa?

No comments:

Post a Comment