Cinta? Kalau ditanya soalnya
cinta,pelbagai jawapan yang akan kita terima. Tapi bagi aku cinta itu adalah
sesuatu yang suci. Sesuatu yang boleh membuatkan hidup seseorang lebih bersinar
dan bermakna. Sesuatu yang membawa erti
kebahagiaan malah bagi sesetengah orang
cinta itulah yang memberinya kekuatan. Tapi betul ke? Kadang-kadang aku rasa cinta
sesuatu yang susah untuk dimengerti sebenarnya. Ada yang mengatakan cinta itu
membawa bahagia tapi ada juga yang merana kerana cinta. Hmm…kalau aku yang
diajukan soalan macam tu,aku rasa aku pun keliru jugak. Sebetulnya memanglah
cinta tu membawa bahagia tapi cinta juga boleh menyebabkan air mata mencurah
bak air paip. Alahai…susahnya nak faham apa itu cinta kn? Mungkin atas sebab tu
jugaklah aku masih solo sampai sekarang. Tapi aku tak pernah rasa sunyi sebab
aku ada kawan-kawan yang sentiasa berada di sisiku.
Jodoh tu tuhan yang tentukan. Aku yakin
jodoh akan datang sendiri. Jadi nak
risau apa? Betul tak? Pernah jugaklah aku bercinta tapi tu cinta monyet. Umur
baru setahun jagung dah menggatal nak tahu apa tu cinta tapi apa aku dapat? Tak
dapat apa-apa pun sebab aku tak tahu apa sebenarnya maksud yang tersirat dalam
CINTA. Sekarang ni bila aku makin dewasa,terasa makin payah pula nak tahu
maksud sebenar cinta. Akhirnya aku mengklafikasikannya sebagai sesuatu yang
misteri.
Ahh…sudahlah! Lupakanlah apa yang aku
merapu tadi tu. Sekarang mari berkenalan dengan aku pula. Nama aku Nuraihan
binti Marzuki. Aku budak bawah umur.
Baru 17 tahun. Hidup aku penuh dengan warna-warni. Pendek kata aku ni seorang
yang happy go lucky! Senyum ketawa itulah hobi utama aku. Bersedih menangis tu
pulak musuh utama aku. Bestfriend aku Damia. Orangnya cantik. Ala-ala model
gitu tapi aku pun apa kurangnya? Wajah ala-ala artis korea gitu. Ewah…aku tipu
je…aku tidaklah sehebat itu mahupun secantik itu. Lainlah kalau Damia,dia
memang cantik. Tinggi lampai bertubuh langsing. Lirikan matanya saja dah boleh
buatkan jantung sang pria berdegup pada kadar yang tidak normal. Lainlah kalau
lirikan mata aku ni. Kalau aku melirik, sang pria buat tak tahu je. Takde
effect langsung. Kesian aku kan? Well,apa-apa jelah. Yang penting aku bahagia dan ceria.
Seorang lagi kawan yang aku nak kenalkan
pada semua. Nama diberi Putra Izz Danish. Orangnya kacak berlesung pipit pula.
Status dia sama macam aku jugak iaitu solo. Aku pun tak tahu kenapa orang kacak
macam dia tu boleh solo sampai sekarang. Selama lebih 4 tahun aku kenal lelaki
tu, selama tu jugaklah dia memegang status solo. Bukannya dia tak ada peminat
malah selalu jugak dia dapat surat dari peminat-peminat wanita tapi dia buat
tak tahu je. Kalau aku tanya kenapa pasti dia akan jawap hati dia sudah
dimiliki tapi aku tak pernah tahu pulak siapakah pemilik hati tu? Si pemilik
hati Izz Danish tu pulak tak sedar ke bahawa ada lelaki kacak sedang menanti
cintanya? Alahai…mungkin jugak Izz yang tak pernah menyuarakan rasa cinta
terhadap gadis tu so manalah gadis tu tahu. Betul tak? Izz ni pun satu,sejak di
tingkatan 1 lagi dia dah ada rasa cinta untuk gadis itu tapi tak jugak couple
sampai sekarang. Memang sahlah Izz yang tak suarakan rasa tu sebab tak kanlah
perigi nak cari timba? Lagipun gadis misteri yang telah berjaya mencuri hati
dia tu tak kan tahu kalau dia tak beritahu. Memang padanlah dengan muka dia
masih solo sampai sekarang. Sama macam aku jugak. Haa…padan muka aku!
No comments:
Post a Comment