Thursday, 30 August 2012

Bab 4 ( cinta ais krim vanilla )


Bab 4

Muhammad Aryan Arqam? Arghh…! Stress aku bila memikirkan tentang kau. Entah macam manalah pemikiran budak perempuan lain tentang kau ekk?

Aku rasa mesti mereka ingat kau adalah lelaki terbaik di dunia. Lelaki terkacak dan terhebat. Terhangat di pasaran gitu. Mesti diorang fikir kau adalah seorang pria yang penuh gaya. Maklumlah, maskulin gitu. Agak-agaknya lah kan, mesti diorang tengah meletakkan harapan yang menggunung dan membukit terhadap kau. Pergh…nasib baik aku tak tertangkap chentan.

Tak sabar aku nak pulangkan balik baju kepunyaan kau ni. Tak kuasa aku nak pegang lama-lama. Takde keuntungan yang aku dapat.

Hari ni adalah hari di mana baju ini akan bertukar tangan semula. Sungguh aku tak sabar nak pulangkan supaya aku takde kaitan dengan kau lagi. Kau memang handsome. Memang mampu menggetarkan dan mencairkan hati gadis-gadis namun bukan gadis yang diberi nama Nuraihan. Sesungguhnya hati gadis ini terlalu payah nak digetarkan mahupun dicairkan.

Eh? Mana pulak mamat ni? Semalam hantar message kat aku kata jumpa kat taman permainan depan rumah aku. Tapi apsal aku tak nampak dia pun? Aku salah baca message ke? Jap…aku check lu.

“Budak kecik!” haa…itu pun dia dah mai. Gelombang suara dia menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi yang hanya aku yang mengalaminya. Dasyat bukan?

“Apsal lambat orang tua?”

Eh? Sengih-sengih pulak. Suka ke dia aku panggil dia orang tua? Pelik.

“Amboi budak kecik…baru lambat beberapa minit jer pun dah nak melenting. Cool la beb.”

Cool? Aku memang lama dah cool. Kau tu je lagi tak cool. Perasaan hot adalah. Nak je aku kasi cold kau. Hahaha…

“Mengada-ngadalah awak ni. Mana awak curik nombor telefon saya?”

Huh…memang pantang aku kalau ada orang tahu nombor telefon aku daripada orang lain. Apatah lagi kalau orang tu lelaki. Tak gentlemen langsung kan? Tak boleh ke mintak dengan aku sendiri? Tak kan takut kot…aku ni manusia bukannya harimau. Aku makan nasi bukannya makan daging manusia.

“Alahh…senang je nak dapatkan nombor telefon awak tu. Fifi tu kan adik saya. Dia tu kan kawan awak. So? Get the point?” ujarnya sambil mengangkat kening.

“Pencurik nombor telefon!”

Aryan Arqam tergelak kecil. Entah apalah yang lucu sangat.

“saya pencurik nombor telefon? Haa… awak tu apa pulak? Pencurik baju saya! Tu…baju kat tangan tu bila nak pulangkan?”

Oh…lupa pulak aku! Aiseh…kan dah terkena.

“Nah…ambiklah balik. Dah bersih berkilat dah saya cuci. Saya nak simpan pun takde keuntungan yang boleh saya dapat. Buat semak je.”

“Comfirm ke nak pulangkan baju saya ni? Tak rindu ke nanti?”

“Eh, tolonglah! Nak rindu apa? Setakat baju bundle macam ni nak rindu buat apa?”

“What? Baju bundle awak cakap? Eh, tak reti baca ke? Jenama POLO ni tau!”

“POLO? Kalau setakat POLO tiruan tak yah nak gah sangat.”

“Amboi mulut…takde insuran ke?”

“Sebab ada insuranlah saya cakap macam ni. Kalau apa-apa jadi kat mulut saya ni nanti, bolehlah dapat duit.”

Hahaha…padan muka kau. Terkedu kau dibuatnya. Rasakan penanganku.

“Amboi…ringan semacam je mulut tu bercakap ye?”

“Laaa…memanglah ringan. Kalau berat mana boleh nak bercakap. Kenapa? Mulut awak berat ke?”
“Eh, awak memang tak boleh diam ke?”

“Kenapa nak diam? Saya memang dari kecik lagi memang dah macam ni. Lahir je terus bersuara. Lepas tu penat-penat saya belajar bercakap. Bila dah besar macam ni awak nak suruh saya diam lak. Buat rugi je.”

“Nasib baik tuhan bagi mulut satu je kan? Kalau tak mesti suara awak je yang memekak.”

Huh…tak Aryan. Aku hanya akan memekak dengan orang-orang macam kau je. Kalau boleh nak je aku memekak betul-betul sebelah telinga kau. Haha…biar kau dihantui oleh suara buluh perinduku. Biar tidur malammu terganggu lalu jiwamu kacau.

“Abang Ayie…” tiba-tiba kedengaran suara orang ketiga yang mencelah. Pandangan mata ku segera jatuh ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berjalan mendekati kami. Comelnya budak tu. Tapi macam ada sesuatu pada budak perempuan tu yang membuatkan aku tiba-tiba jatuh kasih terhadapnya. Eh? Kenapa muka dia nampak pucat? Walaupun seulas senyuman diukirkannya indah namun ternyata tidak mampu mengundang seri pada seraut wajah mulus itu.

Sebaik sahaja jarak antara kami semakin dekat, dia memandang tepat ke arah aku.
“Hai kakak…kakak kawan abang Ayie ke?”

Hahhh? Tercekik air liur aku dibuatnya. Kawan? Tak pernah aku berkawan dengan abang Ayie tu. Eh? Kenapa aku pun panggil dia macam tu?

“Ha’ah Arina…ni lah kawan abang. Kenapa?”

Eh? Apa ni? Kenapa ni? Sengih-sengih pulak tu. Apa yang kau mengarut tu Aryan?

“Pandai abang pilih. Kakak ni cantiklah abang.”

Cantik ke? Wah…terima kasihlah si kecil molek cili padi. Pandai menilai. Hahaha…

“Rumah kak Raihan kat mana?”

Eh? Dia tahu nama aku?

“Err…rumah akak la yang depan taman ni. Tu dia rumahku syurgaku.” Tunjukku sambil memuncungkan mulut ke arah rumah tempatku berteduh dari hujan panas, ribut petir, guruh guntur serta kilat yang kadang kala sabung menyabung.

“Oh…ye ke? Rumah Arina kat sana. Lorong Bahtera 2. Kita baru pindah sini.”

Ooo…baru pindah rupanya. Patutlah baru sekarang aku terserempak dengan Aryan Arqam. Ooo….hah?! Apa tadi? Pindah sini? Alamak…kenapa? Kenapa mesti dekat rumah aku? Kenapa mesti dia? Oh Aryan…kenapa mesti kau? Kenapa? Kenapa?

“Abang Ayie, jom balik.”

Aryan mengangguk sambil tersenyum. Kepala Arina diusapnya penuh kasih. Mak aih…nampak baik je. Macam calon yang paling sesuai untuk dijadikan calon suami. Dah lah handsome, penyayang pulak tu. Oh…sweetnya!

“Raihan, abang balik dulu ye? Tata…” sempat pula Aryan meminta diri sebelum kakinya melangkah meninggalkan aku. Tapi…abang? Apa mimpi budak ni? Tadi elok je guna saya awak, tapi kenapa tiba-tiba jadi abang pulak ni? Uish…budak ni memang sengaja la nak mengenakan aku! Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku guna gua lu. Haha…biar nampak brutal sikit. Baru ada umph! Betul tak? Betul tak?

Hmm…tapi kan…dia sememangnya tua daripada aku. So memang patutlah kalau aku panggil dia abang. Abang Ayie? Yucks…macam tak sesuai je kalau aku yang menyebutnya. Seolah-olah ada satu kecacatan di situ. Sesuatu yang hanya aku je yang nampak. Ajaib tak aku?

Apa-apa jelah. Baik aku balik dan mandi. Tak payah nak kusutkan kepala memikirkan tentang sesuatu yang tak perlu aku fikirkan ni. Dah lah memori kepala memang dah full. Maklumlah baru nak SPM. Tak lama lagi tu. Lepas habis SPM baru aku boleh fikirkan tentang dia. Tapi…perlu ke? Hahaha…

Eh? Ada message. Huh? Dari Aryan?

Pandai awk cuci baju sy ni. Dh x kotor dh. Memang ada bakat jd pembantu rumah sy…berminat x? haha…"

Arghh..! Aryan Arqam memang mengada! Tak kuasa aku nak jadi pembantu rumah dia. Setakat cuci baju yang terkena kesan ais krim tu apalah sangat. Bukannya baju tu kotor kena tar jalan ke apa. Ish…entah kenapalah dengan lelaki tu. Sebelum ni tak pernah pulak dia buat perangai ngan aku macam ni.

Ops…macamlah aku pernah bercakap dengan dia sebelum ni. Yelah…dia tu kan famous. Tak berani aku nak bercakap ngan dia. Khuatir pulak aku kalau-kalau ada peminat dia yang cemburu. Kang tak pasal-pasal aku kena santau. Eeii…tak naklah aku.

So, aku ambil jalan mudah buat tak tahu dengan kehadiran lelaki tu walaupun sebelum ni aku memang sering terserempak dengan dia. Lagipun aku taka da urusan dengan dia. Tambahan lagi aku tak ada perasaan terhadap dia. Meskipun sekelumit mahupun secubit.

Tapi yang peliknya, walaupun aku takde perasaan kat dia tapi kenapa jantung aku ni tetap berdegup kencang kalau bertentang mata dengan dia ekk? Aku malu ke? Nak malu ape? Uish…tak mungkinlah.
Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa my heart beat faster than before. Tiada jawapan bagi soalan tersebut. Tak tahulah bagaimana dan di mana nak mencarinya.








No comments:

Post a Comment