Sakitnya hati aku. Dia pula gelak sakan.
Kalau bukan kerana dia,aku tak kan ditimpa malu! Sekeh kang baru tahu. Dari
tadi dah gelakkan aku tak habis-habis. Lawak sangat ke? Kalau lawak…kenapa aku
rasa tak lawak pun?
“Dahlah tu, Izz. Kau gelak tak ingat
dunia.” Ujarku dengan hati yang terluka. Boleh pulak dia gelakkan aku kaw-kaw
sampai macam tu sekali? Tu haa…sampai keluar air mata. Melampau betullah dia ni
gelak! Kalau nak gelak tu,gelaklah sikit-sikit je. Tak yahlah sampai air mata
pun keluar macam tu.
“Macam manalah aku tak gelak. Kisah kau
tadi tu lawak sangat. Keadaan kau masa tu lawak giler beb!”
Cis,kurang asam punya Izz! Tu bukannya
bahan lawak. Rupa-rupanya masa aku jatuh tadi dia ada menyaksikan adegan tu.
Dia baru sampai masa tu. Ada kat belakang aku dalam jarak beberapa ratus meter
je.
“Izz,kalau bukan kerana aku nak hantar
sms untuk kau kejadian tadi tu tak kan berlaku. Semua ni salah kau. Kau boleh
pulak gelakkan aku kaw-kaw? Kau tak sedar ke kau dah buat salah? Bukan salah
kecik tapi salah besar.”
Terasa ada rajuk yang melingkari diriku
pada waktu itu. Sungguh aku terkecil hati. Hati aku terluka. Dalam diam rajuk
mula bercambah. Semua ini gara-gara Putra Izz Danish!
“Alaa sayang sayang….calm down lah…well
I'm sorry ... maybe I am guilty because I was too late and you can put the
blame on me but it is not my fault if you bump someone.”
“Memang salah kaulah Izz! Kalau bukan
kerana kau yang lambat, aku tak kan terfikir untuk hantar sms. Kalau bukan
kerana kau yang lambat, aku tak kan langgar orang dan kalau bukan kerana kau
yang lambat,aku tak kan dapat malu macam ni! Dah lah kawan dia gelakkan
aku,sekarang kawan aku pulak yang gelakkan aku.”
Amboi…emosionalnya aku! Terasa ada
sesuatu yang mengalir lesu di pipiku. Alah…kalau dah namanya perempuan
tu,perempuanlah jugak kn?
“Eh? Raihan…kau janganlah nangis pulak.
Aku janji aku tak buat lagi. Sorry?”
Hek eleh…bila tengok aku nangis baru nak
minta maaf. Jangan haraplah! Aku tak kan maafkan kau. Tadi kau gelak sakan pada
diriku yang malang. Huh!
“Raihan…please?”
Ohh lelaki…kau
merayulah sebanyak mana sekali pun aku tak kan maafkan kau.
“
Hmm…kejap ekk? Aku pergi kedai depan tu
jap.”
Tiba-tiba Izz melangkah menuju ke destinasi. Ahh…lantak dialah! Aku
peduli apa? Dia nak pergi kedai depan tu ke,kedai hujung tu ke…that not my
problem.
Tak lama lepas tu kelihatan Izz
berlari-lari anak menuju ke arah aku yang masih masam mencuka. Aku pura-pura
tak nampak. Malas nak melayan karenah pesalah itu. There is no forgiveness for
you. Tapi…
“Nah…aiskrim vanilla. Your favourite
right?”
Alaa…aku baru nak merajuk tapi dah terpujuk.
Pandailah Izz memujuk. Sedar tak sedar senyuman paling manis telah terukir
sebaik sahaja aiskrim kegemaran bertukar tangan. Izz pun nampak sangat lega.
Hati yang tak sekeras mana ni jadi lembut seperti agar-agar. Izz memang bijak
memujuk aku. Selama aku berkawan dengan dia, jarang ada pertelingkahan mahu pun
silih faham yang berpanjangan. Selalunya aku yang mulakan dengan merajuk. Tapi
Izz memang bijak. Dia selalu menggunakan apa yang aku suka untuk memujuk aku.
“Eleh…tengok aiskrim terus senyum…” komen
Izz. Aku tahu komen itu ditujukan khas untuk aku tapi malaslah aku nak ambil
kisah. Makan aiskrim lagi bagus. Lagi sedap dan yang paling penting percuma
pulak tu.
No comments:
Post a Comment