Thursday 18 April 2013

Bab 8 (Cinta Ais Krim Vanilla)

Bab 8


Kehidupan sebagai mahasiswi sungguh mencabar kemampuan aku. Assignments yang bertimbun menjadi bukit lalu semakin menimbun menjadi gunung ibarat teman baik aku selain Damia. Mana tak nya, belum selesai lagi assignment satu ni, assignment lain dah mai pulak. Belum selesai lagi assignment satu tu, assignment nun pulak meraung-raung memanggil namaku.Strees? Alaa…itu perkara biasa dalam hidup aku kini.

Oh, ya! Bercerita tentang Damia, dia juga sama seperti aku. Kami berdua masih lagi bersama dan akan terus bersama! Dia juga berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, seperti aku. Kami berdua mengambil kursus Diploma Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Inggeris aku tak berapa nak molek, tapi kerana wujudnya istilah ikut kawan, tak pasal-pasal aku sanggup mengambil kursus ini yang sesungguhnya pernah menjadi subjek membunuh bagiku. Bahasa Inggeris ibarat nightmare dalam hidup aku tapi kerana terikut dengan Damia, aku lupakan ketakutan aku pada nightmare tersebut.

Semester pertama aku lalui dengan penuh keterujaan apatah lagi Damia turut belajar di bawah bumbung yang sama denganku. Malah kami tinggal di tempat yang sama. Kami tetap akan bersama-sama walau apa pun yang terjadi. Aku tetap sayang Damia dan dia pun akan tetap sayang aku. Pendek kata kami akan saling sayang-menyayang. Eh? Apa yang aku merapu ni? Hee…

Putra Izz Danish pula? Hmm… dia sudah membawa diri. Katanya nak mencuba nasib dalam bidang pelancongan pula. Tapi, jangan salah faham. Kami masih lagi berhubung walaupun sekadar bertanya khabar. Dia selalu sibuk. Aku pun tak pasti sama ada dia betul-betul sibuk atau sengaja buat-buat sibuk. Ahh…tak kisahlah dan apa yang penting hubungan persahabatan kami masih seperti biasa walaupun ada jurang jarak dan masa yang memisahkan.

Hmm…kali terakhir aku jumpa dia sebelum aku melangkah masuk ke alam universiti. Aku sebagai kawan sudah semestinya bagi sokongan. Malah aku siap buat satu kumpulan sorak untuk dia! Ya…betul! Aku menipu…Hee…

Haaa…berkenaan dengan Aryan pula, mana boleh aku lupakan dia. Sekarang ni dia pun satu universiti dengan aku. Kami cuma akan berjumpa untuk keluar makan tengah hari sebab jadual dia sebagai budak degree agak berbeza dengan jadual aku sebagai pelajar diploma. Tapi aku tak kisah pun, yang penting dia tetap ada di sisi aku. Alamak, tangkap jiwang pulak aku ni!

Ada sesiapa lagi ke yang belum aku cerita? Oh ya…mamat sengal tu. Shazlan? Malangnya dia juga melangkah sama seperti aku. Kami belajar di universiti yang sama, fakulti yang sama dan yang paling tak syok kami turut berkongsi kelas yang sama malah pensyarah yang sama.

Bagaikan disumpah, dia terus mengikut aku. Nasib kami seolah-olah terikat. Banyak kali dia merayu aku semula tapi maaflah, hati aku untuk Aryan.

Memang benar suatu ketika dahulu aku teramatlah anti kepada lelaki yang diberi nama Muhammad Aryan Arqam itu tapi tidak kini. Hatiku ternyata ada pada Aryan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana wujudnya salah faham antara aku dan dia. Hee…kalau bukan kerana salah faham itu, tidak mungkin aku akan menerima kehadiran dia dalam hidup aku kerana pada masa tu aku tidak punya sebarang rasa mahupun perisa yang mengandungi cinta dan sayang untuknya.

Berbalik semula kepada mamat sengal yang tak tahu nak putus asa merayu aku tu, populariti dia di kalangan rakan-rakan perempuan aku memang cukup tinggi! Aku pun tak tahu dari mana dia dapat publisiti untuk menaikkan tahap kepopularan dia tu. Masuk rancangan melodi pun tidak, propaganza pun tak!

Tapi serius aku katakan, banyak perempuan yang telah mencuba nasib untuk memiliki hati buaya itu namun daripada apa yang aku dengar, buaya tu bersikap dingin terhadap sukarelawan yang sanggup menyerahkan diri itu. Kononnya jual mahal tak kasi diskaun!

Hati-hatilah para gadis, dia memang kacak. Memiliki ciri-ciri maskulin yang sejati tapi janganlah terlalu nekad untuk memiliki sekeping hati buaya itu kerana nanti tak pasal-pasal hati anda yang akan di-ngapnya. Perghh…hebatnya aku berfalsafah. Hee…

Kalaulah mereka tahu buaya yang hanya boleh meniarap tu tiba-tiba boleh berdiri sambil melibas-libaskan ekornya dan menayangkan gigi tajam yang pernah digunakan untuk mencarikkan hati aku suatu ketika dahulu, mesti mereka akan berpakat untuk mengurung buaya yang diberi nama Amirul Shazlan tu dalam kandang.

Huh…kau beruntung wahai Shazlan kerana mulut aku ni tak laser. Malah peluru berpandu pun tak pernah keluar dari mulut aku ni haa…apatah lagi laser! Bom atom lagilah tak pernah. Hati aku ni pun tak sebusuk telur buruk. Tak kuasa aku nak canang kisah cinta kita semasa under age tu. Aku kenalah bersikap matang sikit. Kita dah semakin menginjak dewasa, bukannya masih budak hingusan macam dulu. Kalau dulu tu lainlah, hingus pun mak yang tolong lapkan tapi sekarang lain.

Ahh…! Malaslah aku nak fikirkan tentang kau. Lebih baik aku fikirkan tentang perut aku yang sedang bertukar siaran daripada muzik keroncong kepada muzik rock heavy metal. Matahari pun dah nak off duty. Patutlah perut aku buat konsert.

Tanpa sebarang notis dan amaran, tiba-tiba beg tanganku direntap oleh seseorang. Serta-merta aku menarik beg tanganku semula. Tanpa dipaksa kepalaku terus menoleh ke belakang. Aiseh…Aryan rupanya! Huh…dia ni boleh buatkan jantung aku melompat keluar dari dada gara-gara terkejut. Mana tak nya, dalam kampus pun ada peragut!

Ya, Aryan sememangnya peragut! Dia telah meragut hatiku. Eh? Apa yang aku cakapkan ni? Hah…sudah! Aku mula bermain dengan kata-kata. Kronik sungguh tahap keakraban aku dengan kata-kata puitis lagi romantik ini. Hee…

“Ayie!” ujarku besertakan dengan gaya mulut itik sebagai tanda protes. Kelihatan dia hanya tersenyum memandang aku. Alahai Aryan, pemurahnya engkau. Selalu bersedekah senyuman tu.

“Muncunglah lagi. Nanti bolehlah Ayie guna untuk sangkut baju.” Selamba sungguh dia berkata-kata. Naik merah muka aku dibuatnya. Tak dapat aku bayangkan macam mana agaknya keadaan aku dengan baju yang tersangkut di muncung mulutku. Alahai, mesti buruk benar rupanya. Eh, macamlah sekarang ni pun elok sangat rupa aku muncung mulut kan? Hee…

“Jahatlah!” amboi-amboi, mengada-ngada pulak aku ni. Berlagak manja! Macamlah comel…kan? Aryan hanya tersenyum melihat aku yang mengada. “sudah-sudahlah senyum tu. Jomlah makan. Perut ni haa…dah buat konsert liar dah ni. Heavy metal!” ujarku sambil mengusap-ngusap perutku yang kempis. Maklumlah, tak makan lagi. Kalau dah makan, jangan haraplah nak kempis macam papan ni hah, sudah semestinya akan buncit macam wanita mengandung lima bulan! Aiseh, overdos pulak hiperbolanya!

“Alolo bucu…lapar ek? Jomlah makan. Ayie belanja.”

“Haa…eloklah tu. Hari-hari Ayie belanja, bolehlah Raihan jimat duit bulan ni. Alhamdulillah…rezeki Allah.” Ibarat kerang wangi aku tersengih.

“Amboi…sukalah tu! Tak jadilah Ayie belanja. Hari ni Raihan pulak yang belanja. Sekali-sekala nak jugak makan orang tu yang belanja.” Aryan tersengih lebar sambil memandangku. Alah, aku tak kisah pun nak belanja dia. Tapi, apa yang pasti setiap kali aku nak belanja mesti dia dengan pantasnya mengeluarkan wang bagi membayar harga makanan. Tak ada peluang langsung untuk aku nak bayar.

Alasannya senang, malulah kalau perempuan belanja lelaki. Tak gentlemen! Huh…tak boleh diterima akal. Bagi aku setiap pasangan tu haruslah berkongsi. Kalau nak belanja tu bergilir-gilirlah. Tak kanlah hanya sebelah pihak yang memberi manakala sebelah pihak lagi hanya menerima dan terus menerima? Sekali-sekala apalah salahnya jika bertukar tempat pula.

“Okay, kali ni Raihan belanja and no more excuses bila dah sampai kedai nanti. Hari ni Raihan belanja. Ingat tu! Raihan yang belanja, Ayie melantak.” Dengan penuh tegasnya aku memberikan kata putus namun ketegasan yang aku pamerkan hanya dijadikan sebagai bahan tontonan bagi Aryan.

“Jangan nak mengada. Jom!” ujarnya sambil menarik tanganku supaya membuntuti langkah kakinya yang panjang. Aku mencebikkan bibir. Huh…menyampah! Asyik dia je yang belanja. Kalau dia tu memang dah sah jadi suami aku tak apalah jugak. Tu memang dah tanggungjawab dia nak sara aku, bagi aku makan. Tapi kalau macam ni, aku pulak yang tak selesa.

Dah berkali-kali aku cuba jelaskan situasi yang sebenar namun dia hanya kata dia tak kisah. Duit dia boleh cari tapi Nuraihan Marzuki mana nak cari? Hmm…bila aku fikirkan balik, betul jugak tu. Mana dia nak cari Nuraihan Marzuki yang satu ni?  Haha…mulalah aku nak masuk bakul angkat sendiri!

“Anyway, where is Damia?” tanya Aryan sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di kedai makan seberang kampus. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan seolah-olah mencari kelibatnya Damia.

“Ada date dengan Faiz. Lepas habis kelas tadi, dia terus pergi library. Katanya Faiz ajak jumpa kat situ. Dia nak pinjam buku so perlukan pertolongan Damia untuk temankan dia.”

“Hah? Perlukan pertolongan untuk temankan dia? Pertolongan jenis apa tu?”

Alahai Aryan, itulah yang dinamakan pertolongan cinta. Hanya mereka yang tahu apakah maksud yang tersirat lagi tersembunyi itu. Tak payah nak sibuk ambil tahu.

“Hello merpati dua sejoli, can I join?” tiba-tiba gegendang telingaku berjaya menangkap suara sumbang yang sudah aku ketahui siapa pemiliknya. Hampir serentak aku dan Aryan menoleh ke arah punca suara.
Shazlan berlagak selamba lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. What is he doing?! Nonsense! Kenapa tak pasal-pasal dia nak duduk semeja dengan kami berdua pulak? Padahal sana tu banyak lagi meja kosong. Kalau dah payah sangat tu, duduk je atas lantai. Huh!

“Kenapa pulak? Sana tu ada meja kosong, kan?” ujar Aryan yang secara kebetulan seia dan sekata dengan apa yang aku tengah fikirkan.

“Well, you should thank me, bro. Aku rasa kau sendiri pun tahu, kalau lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan macam ni nanti akan adanya syaitan duduk di tengah-tengah. Aku cuma nak selamatkan pasangan merpati yang ada depan aku ni. Salah ke? Bukankah lebih baik untuk kita mencegah?”
“What?! It’s public anyway!” luah Aryan berang.

Huish…elok sangatlah tu Shazlan, kau datang nak hindarkan syaitan tu dengan kaedah yang cukup mantap iaitu engkau yang jadi syaitannya. Kau sengaja mengapi-apikan Aryan yang tadinya berwajah ceria penuh keriangan, tapi sekarang sebijik macam kelabu asap!

“Oh, yeah, it’s public? Then, aku rasa aku bebas nak duduk dekat meja ni. Lagipun inikan public, bukannya rumah engkau pun. So, why should I ask for your agreement?”

“Ayie, Raihan tak nak makan. Tiba-tiba terasa kenyang pulak.” Terpaksa aku menipu padahal perut aku sedang  membuat rusuhan dengan seganas yang mampu. Aryan mengangguk. Barangkali dia faham maksud yang tersembunyi. Huh, kenyanglah sangat aku makan patah-patah perkataan yang dimuntahkan dari mulut Shazlan tu.

Aku sebenarnya cuma nak lari dari Shazlan. Rimas aku dibuatnya. Ke hulu ke hilir aku diikutnya. Pervert! Sakit hati aku. Dia tak malu ke tengok aku tak layan dia langsung? Asyik terkejar-kejar. Tak penat ke? Kenapa masih dikejar pada yang tak sudi?

 Tak tahu ke aku menyampah? Eh? Mustahillah kalau dia tak tahu sebab sebelum ni aku pernah bagitau dia bahawasanya Nuraihan Marzuki teramat sangatlah melampau menyampah terhadap Amirul Shazlan yang kononnya pria yang terhangat di pasaran. Malah, aku cukup yakin dan pasti sesungguhnya dia mampu faham dengan ayat yang aku gunakan sebab ayat-ayat tersebut tanpa ada berlapik mahupun berpenapis. Tak mungkinlah dia selembab itu tak faham-faham?

“Sayang…tak kan you kenyang tengok muka I? Marilah lunch…I belanja.” Ujar Shazlan penuh lemah-lembut menyebabkan aku yang mendengarnya pula geli-geleman.

“Tak payahlah susah-susah, Shazlan oi…Aku tak laparkan duit kau tu.”

“Tapi I laparkan you, Raihan…”

What the hell that he’s talking about? Tak waras ke Shazlan ni? Berani gila dia cakap macam tu depan Aryan.

“Woi, agak-agaklah nak mengayat awek aku! Don’t be so insolent, bro! You are too much!” Aryan mula bengang. Shazlan pula nampak bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Senyuman sinis semakin jelas terukir di wajah Shazlan.

Arghh! Berapi-api pulak dah kedua-dua pria di hadapan aku ni. Puncanya kerana aku. Alahai, hairanlah…apa yang nak direbutkan dengan orang macam aku ni? Nak dikatakan aku ni anak orang kaya, tak jugak sebab ibu aku cumalah seorang suri rumah. Hanya ayah yang bekerja sebagai seorang cikgu.

Malah, keluarga aku  pun tak mampu nak beli Mercedez Benz ataupun BMW. Kapal mewah semewah TITANIC pun aku tak pernah rasa. Jet peribadi pun keluarga aku tak ada. So, what the reason they chasing me? Sungguh, aku tak faham. Apa yang nak direbutkan dengan aku ni? Duit pun tarak, kereta pun tarak.
Bak lagu Jimmy Palikat tu, “tiada keretaku bawak kau jalan-jalan, rumah pun ku tiada ada pun bapak punya..” Haa…kurang lebih macam tu lah…Peduli apa kalau salah sekalipun, bukannya aku nak masuk rancangan realiti Jangan Lupa Lirik tu pun.

“Am I insolent? Engkau lagi kurang ajar. You stoled my girl!”Shazlan membalas kata-kata Aryan dengan penuh keyakinan yang tidak sepatutnya ada. Terkedu aku dibuatnya sebaik sahaja telinga aku menangkap patah perkataan my girl.

Haah…sudah! Aryan dah berapi. Laharnya telah dimuntahkan. Alahai…Shazlan memang sengaja nak sakitkan hati Mr.Boy aku agaknya. Masing-masing mengeluarkan aura yang semakin jelas dirasai. Seram sejuk aku dibuatnya. So, dengan kadar yang segera aku berlalu pergi.

Maklumlah, aku yang menjadi punca utama semua kekecohan ini. Tapi harap maklumlah bukan aku yang bersalah. Aku sebenarnya hanyalah mangsa keadaan. Arghh…payah untuk aku jelaskan. Pandai-pandailah faham. Kepala aku dah bercelaru ni. Kalau ada yang tak faham tu, elok sangatlah! Bolehlah join aku sekali.

“Raihan!” hampir serentak namaku dilaungkan oleh dua jejaka di belakang sana yang telah aku ditinggalkan sebaik sahaja kaki aku melangkah tanpa henti kerana ingin menjauhi persekitaran yang tidak berapa nak sihat itu.

Aryan…maafkan Raihan. Raihan bukannya sengaja nak tinggalkan Ayie tapi Raihan terpaksa. Sungguh, Raihan tak suka jadi rebutan!