Saturday, 7 September 2013

Bab 9 ( Cinta Ais Krim Vanilla )

Bab 9

Jika suatu ketika dahulu hujung mingguku akan dihabiskan dengan aktiviti melayan cerita Barbie sepanjang hari, tapi tidak kini kerana masa 24 jam yang diberikan semacam tak pernah cukup. Asyik terkejar ke sana dan ke mari. Ditambah lagi dengan tugasan yang diberikan. Alahai…semput jugak aku dibuatnya. Tak cukup stamina kot. Jarang benar aku boleh bermalas-malasan sambil melayan cerita The Brothers Grims yang sedang bersiaran di kaca televisyen rumah sewa hasil perkongsian antara aku dan Damia seperti hari minggu ini.

Bertemankan semangkuk besar ais krim vanilla kegemaranku, aku tidak menghiraukan langsung kedatangan Damia yang datangnya secara tiba-tiba. Mukanya kelat semacam. Alah…gaduh laa tu. Biasalah…adat orang bercinta. Sedangkan suami isteri pun ada yang bertengkar sampai baling periuk segala, apatah lagi pasangan yang baru bercinta.

Eh, memandai aku je buat spekulasi sendiri. Kalau aku tanya, nanti tak pasal-pasal Damia cakap aku jaga tepi kain dia. Tapi kalau aku tak tanya pulak, nanti dia kata aku ni tak caring. Alahai…tak sangka sungguh! Rupa-rupanya masalah cinta mampu menyebabkan orang di sekeliling menjadi mangsa. Wah..dasyatnya cinta!

“Raihan, aku tengah marah ni!” bentak Damia tiba-tiba. 

Opocot! Terkejut sebentar hamba dibuatnya. Sikit lagi mangkuk penuh berisi ais krim vanilla yang berada di pangkuanku terbang tinggi sebelum mendarat dengan tragisnya di atas lantai. Ish..Damia ni! Lain kali janganlah suka-suka dia nak membentak. Bukannya aku yang bersalah! Kalau ais krim aku ni kemalangan tadi, siap dia aku kerjakan cukup-cukup.

“Kus semangat. Eh, engkau ni apahal? Udahlah datangnya tak diundang, dah tu tiba-tiba nak buat pengumuman bahawasanya engkau tu marah.”

“Ish, engkau ni tak prihatin betullah dengan aku!” ujar Damia beserta dengan muncung panjang yang sebijik dah macam Donald duck.

“Macamlah engkau tu prihatin sangat dengan aku ni. Buktinya kau tak peduli nak marah-marah di saat aku tengah menghayati keenakkan dan kemanisan ais krim vanilla ni haa...” balasku sambil menayangkan semangkuk besar ais krim kegemaran yang putih suci ibarat salji.

“Tak habis-habis dengan ais krim. Peti ais rumah ni dah jadi macam tempat penyimpan khas. Berbekas-bekas ais krim vanilla kau buat stok. Semuanya 1.5 liter.”

“Kira okay laa tu! Sekurang-kurangnya aku simpan ais krim, bukannya buat stok dadah. Tak ke cukup elok namanya tu?”

“Banyaklah cantik. Aku tengah bengang giler ni!”

Secara tiba-tiba Damia mencurahkan perasaannya. Alahai…kalau pun dia tak luahkan perasaan bengangnya tu, aku dah boleh nampak…mana taknya muncung panjang sedepa. Orang buta pun boleh tahu. Mana taknya, terlanggar dek muncung dia tu.

“So?”

“Shopping jom? Aku nak hilangkan stress ni haa…”

“Kau ajaklah Faiz…”

Serta-merta wajah Damia yang baru saja berubah ceria menjadi kelat semula. Semuanya berubah dalam sekelip mata sebaik sahaja nama Faiz Mukhriz meniti di bibirku. Sah! Mesti kes gaduh ni.

“Argh! Engkau ni memang tak layak jadi pakar kaunseling. Langsung tak reti nak jaga perasaan aku.”

“Hek eleh…bila masa pulak aku ada bercerita tentang cita-cita aku nak jadi pakar kaunseling? Kalau kau dah mengata aku, tak jadilah aku nak temankan kau keluar shopping.”

“Alah…sorry kawan. Engkau je yang selalu jadi peneman aku dikala susah dan senang. Tak kanlah kali ni kau nak biarkan aku sorang-sorang.”

“Okay, fine! Aku temankan kau. Tapi perut aku meragam hari ni. Kejap-kejap sakit. So, sebelum aku temankan kau shopping, kau kena ikut aku dulu. Aku nak beli ubat.”

“Haa…ni mesti sebab kau makan ais krim banyak sangat ni! Mesti sebab tu perut kau meragam.”

“Amboi? Bila masa jadi doktor ni Cik Damia oii…?”

Sebuah jelingan penuh makna aku lemparkan buat Cik Damia yang sedang tersengih panjang lebar di hadapanku kini, menayangkan barisan gigi putihnya yang teratur. Dah macam iklan ubat gigi dah gayanya.

“Eh, hari ni berapa hari bulan?” tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulutku. Manalah tahu kot-kot perut aku ni meragam bukan sebarang sebab tapi kerana bulan nak datang mengunjungku.

“Hooo….ke kau sakit perut ni sebab kau dah nak period?” balas Damia pantas seolah-olah dia mampu membaca fikiranku.

“Eh? Dah tukar profession ke Doktor Puan pulak ke Damia?”

Sekali lagi dia tersenyum lebar. Tersengih-sengih. Alahai Damia, suka hati kaulah kawan. Asalkan engkau bahagia dan mampu tersenyum. Itu pun dah seribu kali lebih baik daripada mulut Donald Duck kau tu.


“Raihan, kita tengok wayang nak tak?” soal Damia penuh ceria. Hah, elok sangatlah tu. Bolehlah aku rehatkan kaki aku ni kejap.

Penat! Hanya itu yang mampu mentafsirkan keadaan fizikal aku sekarang ni. Kaki aku ni dah tak mampu lagi nak melangkah, hanya mampu aku seret. Kalau boleh, nak je aku mengesot macam Suster Ngesot dalam cerita Indonesia tu tapi nanti aku jugak yang menanggung malu.

“Aku okay je. Bolehlah aku rehatkan kaki ni kejap.” Ujarku sambil memicit tumit kaki.

Mana taknya, satu Midvalley ni dia nak borong. Tak ada sebuah kedai pun yang dia tak singgah. Semuanya dia bagi salam nak masuk. Aku pun tak tahu apa yang dia cari sebenarnya.

“Okay. Lepas makan ni kita pergi tingkat atas. Tengok movie apa yang best.” Balas Damia sambil tersenyum.

Burger King adalah hentian rehat yang pertama bagiku. Selepas ni panggung wayang pula bakal menjadi hentian rehatku yang kedua. Eii…tak sabarnya nak rehat.

“Raihan, Ayie tak kisah ke kau keluar lama-lama macam ni?” tanya Damia tiba-tiba.

“Alah…dia nak kisah apa? Aku bukannya dah sah jadi bini dia pun. Dia tu hanya boyfriend bukannya laki. Asalkan dia tahu aku nak keluar tu pun dah cukup. Aku tak perlukan izin dan restu dari dia.”

“Betul jugak tu. Pandailah kau…mesti dia untung dapat orang macam kau, kan?”

“Untung? Apa yang untungnya? Bukannya aku ni anak orang kaya.”

“Habis tu kena orang kaya barulah untung?”

Opss! Tertelan lidah aku dibuatnya. Lebih baik aku diam buat tak tahu. Malas sudah aku nak berbahas tentang topik yang sungguh tidak layak untuk dibahaskan.

“Eh? Raihan, tak sangka jumpa!” sapaan yang tidak disangka oleh satu suara garau membuatkan aku hampir tersedak air pepsi yang sedang berlumba membasahi tekak.

“Shazlan?” hampir serentak aku dan Damia menyeru nama yang tidak sepatutnya diseru itu.

“Yes, I am here. Kenapa? Teruja ke jumpa Lan?”

Serta-merta wajah Damia berubah. Riak menyampah mula terpancar di raut wajah yang tadinya manis namun kini sudah berubah rupa.

“Teruja? Oh, pleaseeee! Kalau tak jumpa lagi aman dunia ni.”

“Amboi, garangnya Cik Nuraihan.” Balas Shazlan sambil menaikkan bulu kening sebelah kanannya. Pergh! Bajet handsome tapi haprak.

Aku memang dah lama garang. Kadang-kadang aku pun boleh bertukar jadi Hulk Si Manusia Hijau berbadan sasa kalau dah terlampau marah.

“Mia, jom gerak. Kau kata banyak lagi barang nak borong, kan?”

“Relax, girls. Come on, Lan temankan Damia dan bidadari kesayangan ni nak tak?”

Bidadari kesayangan? Hek eleh, dah pernah jumpa bidadari ke mamat ni? Aku ni tak layak digelar bidadari sebab bidadari itu jauh lebih cantik daripada wanita yang tercantik di dunia. Apatah lagi ketua bidadari Ainul Mardhiah. Pembantu Ainul Mardhiah pun dah mampu menggetarkan jiwa, apatah lagi dia sendiri.

“Lan memang tak pernah kenal erti putus asa dalam usaha memastikan hidup Raihan ni terganggu dengan kehadiran Lan, kan? Lan tak malu ke asyik terkejarkan Raihan ke sana ke mari?”

“My lovely Raihan, usahkan ke sana ke mari Lan sanggup kejar malah ke langit hingga ke hujung dunia pun Lan sanggup.”

Hampir serentak aku dan Damia berpandangan. Masing-masing melabuhkan pandangan ke arah raut wajah. Aku tengok dia. Dia tengok aku. Mak aih! Parah sungguh penyakit gila bayang Shazlan ni. Malang sungguh lelaki itu dan yang lebih malangnya adalah aku! Kenapa mesti aku yang dikejarnya?

“Don’t talk nonsense, Amirul Shazlan. Raihan dah lama lupakan kau. Sejak kau tinggalkan dia dulu untuk bersama dengan… Er? Siapa nama budak tu? Effa?” Damia cuba menyelitkan kisah silam bagi mempertahankan aku.

“Tapi itu dulu, Damia! Waktu tu aku masih mentah. Aku tak nampak keistimewaan Raihan. Masa tu aku buta.”

“Buta konon! Raihan tengok Lan elok je celik selama ni. Tak pernah pun Lan buta macam Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku tu. Kalau dah player tu mengaku je lah.” Hambik kau peluru pedas dari Nuraihan. Amacam?

Kelihatan Shazlan hanya terdiam. Pandangan matanya dilontarkan ke arahku tanpa sebarang kerdipan. Raut wajahnya kelihatan sayu. Serta-merta aku diterpa rasa bersalah. Maafkan aku Shazlan… Bukan aku benci dengan kau tapi aku sendiri pun tak tahu. Mungkin aku masih teringat setia yang aku berikan pernah kau sia-siakan.

Ya, walaupun ketika itu kita masih mentah. Tapi tak bermakna kau boleh menipu aku. Kau tinggalkan aku kerana Effaziana anak pengetua sekolah. Terlampau banyak rasa sakit hati yang terpaksa aku tanggung.
Tiga tahun zaman cinta monyet kita lalui bukanlah masa yang singkat. Bukannya tiga hari mahupun tiga minggu. Ternyata aku hanyalah tempat persinggahan.

“Sudahlah tu Shazlan. Raihan dah penat. Lebih baik Lan terima sajalah hakikat bahawa zaman cinta monyet antara Lan dan Raihan sudah lama berlalu. Sekarang ni kita sudah hampir menginjak dewasa malah sedang menuju ke dunia dewasa. Can we just forget it and live happily ever after like nothing had happened?”

“How can I live happily ever after if you are not mined? I love you. I can’t live without you.”

Hah, sudah! Macamlah betul dia tak boleh hidup tanpa aku. Kalau tanpa oksigen memang patutlah dia tak boleh nak hidup. Mahunya semput paru-paru dia nak cuba carik oksigen.

“So, here you are. Puas I carik! Merata I carik you.”

Tiba-tiba muncul pula gelombong suara milik seorang perempuan. Mulutku tidak menuturkan sebarang perkataan. Begitu juga dengan Damia. Habis siapa yang bercakap?

“Kan I dah suruh you tunggu tadi. Ini tak pasal-pasal merayap pulak. Penat I carik tau.”

Aku dan Damia hampir terlompat sebaik sahaja sesusuk tubuh seksi yang cukup mengancam datang mendekati Shazlan dari arah belakang aku dan Damia. Mak aih! Shazlan ni langgan GRO ke?

Tanpa rasa malu, gadis itu meraih tangan Shazlan supaya memeluk pinggangnya yang ramping bak kerengga. Aksi manja penuh geselan terus-terusan beraksi di hadapan kami berdua.

“Raihan, siapa minah ni?” tiba-tiba Damia menyiku aku. Suaranya separuh berbisik.

“Not sure but her face looks so familiar.”

Memang benar. Raut wajah gadis itu benar-benar seperti pernah aku kenali. Mungkin suatu ketika dahulu. Jangan-jangan dia ni…

“Effa?” tanpa aku sedar, nama itu terpancul dari mulutku. Serta-merta gadis itu menoleh ke arahku. Kelihatan dahi Damia berkerut seribu. Barangkali cuba mengimbau dan mencari persamaan wajah si pemilik nama dengan gadis yang berada di hadapan kami ketika ini.

“Saya kenal awak ke?”

Shazlan resah dan hanya terdiam. Sah! Inilah Effa. Kekasih yang pernah dibangganya. Tak sangka dalam tempoh beberapa tahun, dia berubah sebegini sekali. Hilang sudah keayuan yang dimiliki malah aku juga pasti gelaran gadis melayu terakhir yang pernah diberikan kepadanya suatu ketika dahulu pasti sudah tidak layak disandangnya memandangkan gayanya sekarang. Unbelieveable!

“Haa… aku kenal kau. Nuraihan Marzuki, right? You look amazing girl but I am pretty sure Shazlan will never come back to you.”

Hek eleh, berlagak ala-ala minah saleh pulak. Macamlah aku nak rampas kekasih hati pengarang jantung kau tu.

“Don’t worry, aku tak pernah terfikir nak bersama dengan Lan.” Jawapan yang pendek dan semestinya selamat.

“Good. Keep it up.” Balasnya sambil memandangku serius. Aku hanya tersenyum. Alahai Effa, tak kan ku gila terkejarkan Shazlan padahal Aryan aku lebih baik.

“Sayang, jom tengok wayang. You belanja, okay?” ujarnya khas buat si kekasih hati.

“Anything for you, dear.” Seraya tersenyum manis, Shazlan merangkul kembali tubuh Effa. Tertawa kecil gadis itu diperlakukan sedemikian rupa.

Damia ternganga luas tatkala melihat reaksi Shazlan. Tadi bukan main lagi cakap tak boleh hidup tanpa aku, tapi sekarang layan perempuan lain. Memang sah! Cakap tak serupa bikin.

“Raihan, tak pasal-pasal mata aku tengok maksiat hari ni.” bisik Damia perlahan seraya matanya masih lagi mengiringi langkah pasangan bercinta itu.

“Tak sangka sungguh panjang jugak jodoh mereka berdua, kan?”

Damia hanya mengangguk perlahan mengiakan kata-kataku. Tapi, secara tiba-tiba benak ku mula mencipta persoalan yang memerlukan jawapan. Dah namanya pun persoalan, memanglah memerlukan jawapan, betul tak? Alahai…

Aku tertanya-tanya kenapa Shazlan masih terkejar-kejarkan aku padahal dia sudah ada Effa? Bukankah suatu ketika dahulu dia pernah tinggalkan aku kerana Effa? Kenapa sekarang dia inginkan aku lagi padahal hubungannya dengan Effa masih berjalan lancar? Nampak daripada gaya pergaulan mereka berdua seperti sudah terlebih mesra. Siap gesel sana gesel sini lagi tu. Dah macam kucing miang pulak dah. Tak nampak pun seperti hubungan yang ada sebarang masalah.

Biasanya kalau hubungan yang bermasalah barulah ada kes nak carik pengganti. Argh! Sudahlah Raihan Oi… tak payah nak susah-susah fikirkan masalah orang. Dah namanya pun Shazlan Si Buaya Darat, apalah yang hendak dihairankan.

“Kau rasa Effa tahu tak yang Shazlan usha kau ni, hah?”

“Alah, kau ni macam wartawan. Sentiasa dahagakan cerita-cerita terbaru macam ni. Kalau kau nak tahu sangat, kau pergilah tanya Effa sendiri. Aku malas nak borak pasal ni.”

“Aku nak interview kau. Senang sikit nak tanya tu nak tanya ni.”

“No comment.”

“Amboi, jawapan artis nampak? Sikit-sikit no comment.”

“I tak nak bagi ulasan apa-apa tentang hal ni.”

Hahaha! Makin menjadi-jadi pulak aku ni. Apatah lagi bila Damia kata jawapan aku serupa artis. Glamour aku! Damia tertawa kecil mendengar setiap jawapan yang aku berikan.

“Mia, cancel tengok wayang. Jom sambung shopping kat kedai sebelah ni. Aku nak beli novel.”

Beli novel? Haha! Itu semua poyo. Aku manalah layan sangat novel. Sebenarnya aku hanya mencipta alasan sebab aku tak nak tengok wayang. Dikhuatiri akan terserempak semula dengan pasangan yang sedang hangat dan terlampau mesra itu.

“Kedai sebelah? MPH Bookstore?” balas Damia yang kelihatan sedikit hairan. Mana tak nya, aku ni jenis yang jarang benar singgah ke mana-mana kedai buku apatah lagi kedai buku yang boleh tahan besarnya seperti MPH Bookstore ni.

Aku lebih suka meminjam buku-buku Damia daripada membeli sebab aku yakin dan teramatlah pasti kalau aku yang beli sudah semestinya akan berlaku pembaziran. Masakan tidak, aku hanya belek buku sekali. Tiada yang kedua kalinya. Pendek kata aku mudah berasa bosan kalau asyik membaca bahan ulangan.

Lainlah macam Damia, novel dua tahun lepas pun dia akan belek lagi. Katanya nak refresh memori tentang novel tersebut. Tak kuasa aku nak belek selalu sangat. Tak cukup rajin. Senang cerita aku pinjam buku-buku Damia sama ada novel mahupun bahan rujukan. Buruk tak perangai aku yang satu ni? Hehehe…

“Jomlah! Aku pun ingat nak beli novel. Lama dah rasanya aku cuti dari baca novel. Kau nak beli novel apa Raihan?”

“Err…aku pun tak tahu. Nanti kau recommend boleh?”

“Sure, my dearest sister.”

Sebuah senyuman yang tersirat kelegaan dan kelapangan aku berikan. Maksud tersurat disebalik cadanganku tidak terbongkar.


Fuhh! Nasib baik dia tak banyak soal malah lebih bernasib baik dia tak membantah cadangan aku untuk cancel tengok wayang bak kata Boboiboy "terbaik"!

No comments:

Post a Comment